Sunday, April 15, 2012

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PENGAJIAN PERNIAGAAN

STPM/S946
PEPERIKSAAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(STPM)
PENGAJIAN PERNIAGAAN
Sukatan Pelajaran dan Kertas Soalan Contoh
Sukatan pelajaran ini digunakan mulai sesi 2012/2013 dan tahun-tahun seterusnya sehingga diberitahu.
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
¡°Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.¡±
3
PRAKATA Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan yang baharu ini digubal untuk menggantikan Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan sedia ada yang telah digunakan semenjak peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun 1999. Sukatan pelajaran yang baharu ini akan mula digunakan pada tahun 2012. Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun tersebut akan menjadi peperiksaan pertama yang menggunakan sukatan pelajaran ini. Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan ini mengambil kira perubahan yang hendak dilakukan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia terhadap sistem peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang sedia ada. Melalui sistem peperiksaan yang baharu ini, pengajian di tingkatan enam akan dibahagikan kepada tiga penggal dan calon akan menduduki peperiksaan pada setiap akhir penggal. Tujuan utama Majlis Peperiksaan Malaysia memperkenalkan sistem peperiksaan yang baharu ini adalah untuk memperbaiki orientasi pengajaran dan pembelajaran di tingkatan enam supaya tidak jauh berbeza dengan orientasi pengajaran dan pembelajaran di kolej dan universiti. Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan ini merupakan proses pengemaskinian tajuk, kandungan, dan kemahiran supaya selaras dengan perkembangan semasa. Sukatan pelajaran Pengajian Perniagaan STPM ini telah direka bentuk bagi membolehkan calon memahami dan menghayati tiga komponen utama yang melengkapkan bidang ini, iaitu (i) prinsip perniagaan itu sendiri termasuk aspek-aspek penting berkaitan perniagaan di Malaysia, (ii) prinsip pengurusan, dan (iii) asas keusahawanan. Selain itu, sukatan pelajaran ini juga memberi penekanan dalam aspek meningkatkan kemahiran menulis, mencari dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan calon. Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan agar sukatan pelajaran ini dapat menghasilkan calon prauniversiti yang berfikiran matang, berpengetahuan luas, dan berupaya untuk menyampaikan idea secara berkesan dengan menggunakan pelbagai bentuk komunikasi. Selain itu, sukatan pelajaran ini juga mewajibkan calon menjalankan kajian luar. Pentaksirannya dibuat melalui penghasilan Kerja Projek. Aspek ini difikirkan penting kerana melalui kajian luar, calon bukan sahaja belajar untuk menguasai ilmu tertentu tetapi juga akan dapat menerapkan kemahiran insaniah ke dalam diri mereka melalui pengalaman yang ditempuhi semasa menyiapkan kajian tersebut. Pengalaman ini akan membantu calon dalam melaksanakan kajian luar pada peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan. Sukatan pelajaran ini mengandungi tajuk, waktu pengajaran, dan hasil pembelajaran mengikut penggal, di samping bentuk peperiksaan, pemerihalan prestasi, dan soalan contoh. Usaha menggubal sukatan pelajaran ini telah dilaksanakan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Profesor Dato. Dr. Muhamad bin Muda dari Universiti Sains Islam Malaysia. Anggota jawatankuasa yang lain terdiri daripada beberapa orang pensyarah dari universiti tempatan, wakil dari Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Teknik dan Vokasional, dan guru-guru yang berpengalaman dalam mengajar mata pelajaran Pengajian Perniagaan. Bagi pihak Majlis Peperiksaan Malaysia, saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa ini atas khidmat yang telah diberikan. Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan Majlis Peperiksaan Malaysia agar sukatan pelajaran ini menjadi panduan kepada guru dan calon dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Semoga pelaksanaan sukatan pelajaran ini berjaya mencapai matlamatnya. OMAR BIN ABU BAKAR Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia
4
KANDUNGAN
Sukatan Pelajaran 946 Pengajian Perniagaan
Halaman Matlamat 1 Objektif 1 Kandungan Penggal Pertama 2 12 Penggal Kedua 13 19 Penggal Ketiga 20 25 Kerja Kursus . Kerja Projek 26 Skim Pentaksiran 27 29 Pemerihalan Prestasi 30 Glosari 31 32 Senarai Rujukan 33 34 Kertas Soalan Contoh Kertas 1 35 37 Kertas 2 38 40 Kertas 3 41 43 Kertas 4 44 45
1
SUKATAN PELAJARAN
946 PENGAJIAN PERNIAGAAN
Matlamat
Sukatan pelajaran ini bertujuan memperkenal dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam pengajian perniagaan bagi membolehkan pelajar/calon meneruskan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi atau ke peringkat kelayakan profesional, dan menceburi kerjaya dalam bidang pengurusan, perniagaan atau keusahawanan. Objektif Objektif sukatan pelajaran adalah untuk membolehkan pelajar/calon (a) memahami dan menghayati bidang perniagaan dan pengurusan serta peranan dan sumbangannya terhadap masyarakat dan negara; (b) memahami fungsi perniagaan yang merangkumi bidang pengurusan pengeluaran, pemasaran, kewangan, dan sumber manusia; (c) mengurus dan menyelesaikan masalah perniagaan berkaitan dengan pengeluaran, pemasaran, kewangan, dan sumber manusia; (d) memahami dan menghayati peranan, fungsi, dan tugas pengurusan dalam organisasi perniagaan; (e) memahami dan menghayati peraturan dan keperluan pengurusan perniagaan; (f) membina kemahiran menganalisis dan menyelesaikan masalah perniagaan; (g) membina kemahiran berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan dengan berkesan; (h) memahami dan menghayati bidang keusahawanan; (i) membina kemahiran untuk menceburi bidang keusahawanan; (j) memahami dan menghayati peranan perniagaan dalam pasaran antarabangsa; (k) memahami dan menghayati etika dan tanggungjawab sosial perniagaan.
2
Penggal Pertama
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
A: PERNIAGAAN
1 Perniagaan dan Persekitarannya
24
1.1 Pengenalan kepada perniagaan
6
Calon seharusnya dapat:
1.1.1 Perniagaan dan bukan perniagaan
(a) mentakrifkan maksud perniagaan; (b) membandingkan organisasi yang bermotifkan untung (perniagaan) dengan organisasi yang tidak bermotifkan untung;
1.1.2 Perniagaan dan untung
(c) menjelaskan kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan;
1.1.3 Peranan perniagaan
(d) membincangkan peranan perniagaan terhadap pengguna, masyarakat, ekonomi, dan negara;
1.1.4 Faktor pengeluaran
(e) menjelaskan faktor pengeluaran meliputi bahan mentah, modal, modal insan, teknologi, dan keusahawanan;
1.1.5 Proses perniagaan
(f) menjelaskan langkah-langkah yang terlibat dalam proses perniagaan yang meliputi input, proses tambah nilai, output, pemasaran, dan untung/rugi;
1.1.6 Cabaran perniagaan
(g) menerangkan perkembangan perniagaan masa kini dan cabaran-cabarannya termasuk perubahan faktor persekitaran.
1.2 Persekitaran perniagaan
6
Calon seharusnya dapat:
1.2.1 Persekitaran umum
(a) menjelaskan jenis-jenis persekitaran perniagaan yang merangkumi persekitaran umum dan persekitaran tugas (pihak berkepentingan atau pemilik taruh) dan hubung kait antara kedua-duanya;
1.2.2 Persekitaran tugas
(b) menjelaskan faktor-faktor persekitaran umum yang merangkumi ekonomi, persaingan dan jaringan, sosiobudaya, politik dan perundangan, teknologi, prasarana, dan antarabangsa;
(c) membincangkan pengaruh persekitaran umum dan persekitaran tugas terhadap perniagaan;
(d) menjelaskan tanggungjawab perniagaan kepada pihak berkepentingan, termasuklah pelanggan, pembekal, pembiaya, pemodal/pelabur, pesaing, kerajaan, pekerja, dan masyarakat.
3
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
1.3 Entiti dan aktiviti perniagaan
12
Calon seharusnya dapat:
1.3.1 Jenis pemilikan entiti perniagaan
(a) menjelaskan organisasi perniagaan berdasarkan pemilikan, aktiviti, sektor, dan tahap perniagaan;
(b) membincangkan pemilikan organisasi perniagaan yang merangkumi pemilikan tunggal, perkongsian, syarikat, koperasi, dan mengaitkannya dengan undang-undang yang berkaitan;
(c) menjelaskan langkah-langkah penubuhan organisasi tersebut;
1.3.2 Aktiviti perniagaan
(d) membandingkan aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran dan perkhidmatan;
(e) menjelaskan aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran seperti ekstraktif, barangan pengguna (konsumer), barangan industri, pembuatan, pemasangan, dan seumpamanya;
(f) menjelaskan aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan seperti peruncitan, pemborongan, kewangan, profesional, perhotelan, pendidikan, dan seumpamanya;
1.3.3 Sektor perniagaan
(g) membincangkan peranan sektor industri seperti swasta, awam, dan badan berkanun dalam perkembangan perniagaan;
1.3.4 Tahap perniagaan
(h) menjelaskan tahap-tahap perniagaan dari perspektif berikut: (i) Primer, sekunder, dan tertiar (ii) Huluan dan hiliran (iii) Domestik dan antarabangsa
2 Pengeluaran
24
2.1 Skop dan Proses Pengeluaran
4
Calon seharusnya dapat:
2.1.1 Peranan
(a) mentakrifkan pengeluaran/operasi (termasuk servis) dan peranannya;
2.1.2 Evolusi
(b) menjelaskan evolusi pengeluaran bermula dengan revolusi industri, pendekatan saintifik, hubungan manusia, penyelidikan operasi, kualiti, globalisasi, dan revolusi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT);
2.1.3 Cabaran
(c) menghuraikan cabaran yang dihadapi oleh pengurus pengeluaran;
4
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
2.1.4 Perkaitan dengan jabatan lain
(d) menjelaskan hubungan jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran, kewangan, dan sumber manusia;
2.1.5 Proses pengeluaran
(e) menjelaskan proses pengeluaran merangkumi input, proses transformasi, dan output; (f) menjelaskan sistem dan subsistem pengeluaran.
2.2 Perancangan Pengeluaran
4
Calon seharusnya dapat:
2.2.1 Reka bentuk pengeluaran
(a) menjelaskan reka bentuk pengeluaran merangkumi simplification, standardization dan modular;
2.2.2 Jenis-jenis pengeluaran
(b) menjelaskan jenis pengeluaran mengikut tempahan, secara massa, dan secara berkelompok;
2.2.3 Susun atur proses pengeluaran
(c) menjelaskan objektif susun atur dan jenis-jenis susun atur secara tetap, proses, produk, dan selular;
2.2.4 Lokasi kilang
(d) menjelaskan objektif pemilihan lokasi kilang dan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi.
2.3 Kawalan kualiti
6
Calon seharusnya dapat:
2.3.1 Konsep dan proses kawalan kualiti
(a) menjelaskan maksud kawalan kualiti, kepentingannya, dan proses (rancang, buat, semak, dan tindakan - PDCA);
2.3.2 Kaedah pemeriksaan
(b) menghuraikan kaedah pemeriksaan termasuklah pemeriksaan menyeluruh dan pelan pensampelan;
2.3.3 Alat kawalan kualiti
(c) menghuraikan alat kawalan kualiti iaitu kawalan proses secara statistik (statistical process control), analisis nilai tambah, carta kawalan, kajian kualiti/kos, pasukan penambahbaikan kualiti, dan penanda aras (benchmarking);
2.3.4 Pendekatan kawalan kualiti
(d) membincangkan pendekatan kawalan kualiti iaitu kawalan input, kawalan proses, dan kawalan output.
2.4 Kawalan inventori
4
Calon seharusnya dapat:
2.4.1 Jenis-jenis inventori
(a) menjelaskan maksud kawalan inventori, sistem, dan kepentingannya;
(b) menjelaskan jenis-jenis inventori iaitu bahan mentah, kerja dalam proses, dan produk siap;
5
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
2.4.2 Alat/kaedah kawalan inventori
(c) mengenalpasti alat-alat kawalan inventori; (d) mengaplikasikan kaedah kuantiti pesanan ekonomi [Economic order quantity (EOQ)], dan titik pesanan semula [Reorder point (ROP)]; (e) menghuraikan konsep/kaedah tepat pada masa [Just-in-Time (JIT)].
2.5 Isu-isu pengurusan pengeluaran moden
6
Calon seharusnya dapat:
2.5.1 Standard pengeluaran
(a) menjelaskan maksud standard pengeluaran dan International Organisation for Standardisation (ISO);
(b) menjelaskan jenis-jenis standard ISO, tujuan, dan kriterianya;
2.5.2 Pengurusan kualiti menyeluruh (TQM)
(c) menjelaskan maksud pengurusan kualiti menyeluruh dan prinsip-prinsipnya;
2.5.3 Konsep-konsep sistem pengeluaran
(d) menghuraikan konsep-konsep dalam sistem pengeluaran. (i) Merekayasa (reengineering) (ii) Reka bentuk berbantu komputer [Computer-aided design (CAD)] dan Pembuatan berbantu komputer [Computer-aided manufacturing (CAM)] (iii) Pembuatan berbantu komputer bersepadu [Computer integrated manufacturing (CIM)] (iv) Sistem pembuatan luwes
3 Pemasaran
24
3.1 Pendekatan pemasaran
4
Calon seharusnya dapat:
3.1.1 Orientasi pengurusan pemasaran
(a) mentakrifkan pemasaran dan menjelaskan kepentingannya;
3.1.2 Proses pemasaran
(b) menjelaskan pendekatan pemasaran termasuk pengeluaran, produk, penjualan, pemasaran, dan pemasaran kemasyarakatan;
(c) menjelaskan proses pemasaran yang merangkumi menilai peluang-peluang pemasaran, memilih sasaran pasaran, membina campuran pemasaran, dan mengurus usaha pemasaran;
6
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
3.1.3 Pendekatan strategik
(d) membincangkan pendekatan strategi pemasaran meliputi;
(i) analisis portfolio perniagaan (Matriks BCG) (ii) analisis kekuatan, kelemahan, ancaman, dan peluang (SWOT)
(e) menentukan strategi dan objektif pemasaran (penembusan pasaran, pembangunan pasaran, pembangunan produk, pempelbagaian);
(f) menentukan sasaran pasaran dan campuran pemasaran, dan pelaksanaan serta penilaiannya.
3.2 Gelagat pengguna
6
Calon seharusnya dapat:
3.2.1 Model gelagat pengguna
(a) menjelaskan rangsangan pemasaran dan persekitaran, kotak hitam pembeli, dan respons pembeli;
3.2.2 Jenis-jenis keputusan pembelian
(b) membincangkan faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna termasuklah budaya, sosial, individu, psikologi, dan situasi;
(i) Proses pembelian produk pengguna
(c) menjelaskan proses keputusan pembelian produk pengguna yang merangkumi mengenal pasti keperluan, mencari maklumat, menilai alternatif, membuat keputusan pembelian, dan gelagat selepas pembelian;
(ii) Proses pembelian produk baru
(d) menjelaskan proses pembelian produk baru merangkumi menyedari, meminati, menilai, mencuba, dan menerima;
(iii) Proses pembelian produk industri
(e) menjelaskan proses pembelian produk industri merangkumi mengenal pasti masalah, mengenal pasti keperluan organisasi, menentukan spesifikasi produk, mencari pembekal, membuka tender, memilih pembekal, memesan produk, dan menilai prestasi pembekal.
3.3 Penyelidikan pemasaran
2
Calon seharusnya dapat:
(a) menjelaskan kepentingan penyelidikan pemasaran; (b) menerangkan langkah-langkah penyelidikan pemasaran yang merangkumi mengenal pasti masalah dan menetapkan objektif, membentuk rancangan penyelidikan, melaksanakan penyelidikan dan menganalisis data, dan menginterpretasikan dan melapor penemuan.
7
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
3.4 Segmentasi
4
Calon seharusnya dapat:
3.4.1 Segmentasi pasaran
(a) membincangkan asas-asas segmentasi pasaran merangkumi geografi, demografi, psikografi, dan gelagat pengguna/manfaat produk;
3.4.2 Sasaran pasaran
(b) menjelaskan strategi menyasarkan pasaran (market targeting) merangkumi pemasaran tidak dibezakan, pemasaran dibezakan, pemasaran tertumpu, dan pemasaran mikro;
3.4.3 Peletakan pasaran
(c) menjelaskan proses peletakan pasaran yang merangkumi menentukan pasaran sasaran (targeted market), menyesuaikan produk dengan pasaran, dan mengkomunikasikan ciri-ciri produk;
(d) menjelaskan strategi peletakan melalui pelbagai cara termasuklah atribut produk, manfaat, kekerapan penggunaan, pengguna, dan klasifikasi produk;
3.4.4 Perbezaan segmentasi, sasaran, peletakan pasaran
(e) membezakan segmentasi pasaran, sasaran pasaran, dan peletakan pasaran, dan menjelaskan kepentingannya.
3.5 Campuran pemasaran
8
Calon seharusnya dapat:
3.5.1 Produk
(a) mentakrifkan campuran pemasaran;
(b) mentakrifkan produk dan membandingkan produk fizikal dan produk perkhidmatan (servis);
(c) menghuraikan klasifikasi produk merangkumi produk pengguna dan produk perindustrian;
(d) menjelaskan atribut produk, penjenamaan, pembungkusan, pelabelan, dan khidmat sokongan;
(e) menjelaskan lini produk yang merangkumi kedalaman produk dan kelebaran produk;
(f) membincangkan kitaran hayat produk;
3.5.2 Pengedaran/ pengagihan
(g) menjelaskan saluran agihan produk;
(h) menghuraikan perantaraan dalam saluran agihan produk yang merangkumi pemborong, ejen, dan peruncit;
8
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
3.5.3 Penetapan harga
(i) menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi penetapan harga;
(j) menjelaskan pendekatan penentuan harga secara umum berasaskan kos, nilai, dan persaingan;
(k) menjelaskan penentuan harga produk baru;
3.5.4 Promosi
(l) menjelaskan campuran promosi merangkumi pengiklanan, promosi jualan, publisiti, perhubungan awam, dan jualan bersemuka;
(m) menghuraikan konsep dan tujuan komunikasi pemasaran bersepadu (IMC).
4 Kewangan
24
4.1 Peranan dan objektif kewangan
4
Calon seharusnya dapat: (a) mentakrifkan maksud pengurusan kewangan dan kepentingannya;
(b) menjelaskan peranan pengurus kewangan;
(c) menjelaskan peranan pengurusan kewangan dan kaitannya dengan bidang-bidang lain termasuklah pemasaran, pengeluaran, perakaunan, dan sumber manusia;
(d) menjelaskan objektif kewangan iaitu meningkatkan kekayaan pemegang saham.
4.2 Penyata kewangan
4
Calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan pihak-pihak yang berkepentingan terhadap penyata kewangan;
(b) menganalisis penyata kewangan yang merangkumi penyata pendapatan, kunci kira-kira, dan penyata aliran tunai;
(c) menyediakan dan menaksir nisbah kewangan yang merangkumi nisbah kecairan, nisbah kecekapan, nisbah keberuntungan, nisbah penggearan, dan nisbah pasaran.
4.3 Sumber (pembiayaan) dan penggunaan dana
6
Calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan jenis sumber dana mengikut jangka masa panjang termasuklah bon, ekuiti, dan saham keutamaan;
9
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
(b) menjelaskan jenis sumber dana mengikut jangka masa pendek termasuk overdraf, pemfaktoran, penerimaan jurubank (BA), trust receipt, dan pinjaman berjangka; (c) menjelaskan jenis penggunaan dana mengikut keperluan semasa, jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
4.4 Perancangan kewangan (bajet)
6
Calon seharusnya dapat: (a) menyediakan bajet tunai;
(b) mengaplikasikan bajet tunai kepada peniaga.
4.5 Pengurusan risiko dan insurans
4
Calon seharusnya dapat: (a) mentakrif maksud pengurusan risiko dan kepentingannya;
(b) memahami jenis risiko;
(c) menjelaskan prinsip insurans termasuklah ganti rugi (termasuk subrogasi, caruman, dan limpah), doktrin punca terdekat, kepentingan boleh diinsuranskan, dan penuh percaya mutlak;
(d) menjelaskan prinsip takaful termasuklah kepatuhan syariah (gharar, maisir, riba., akad, jual beli), menanggung risiko bersama, tabarru¡¯ (sedekah), dan simpanan atau pelaburan.
5 Sumber Manusia
24
5.1 Pengurusan sumber manusia
2
Calon seharusnya dapat:
5.1.1 Fungsi dan peranan pengurus sumber manusia
(a) mentakrifkan pengurusan sumber manusia dan menjelaskan kepentingannya; (b) menjelaskan fungsi pengurus sumber manusia; (c) membincangkan cabaran pengurusan sumber manusia;
5.1.2 Pengurusan sumber manusia strategik
(d) menjelaskan pengurusan sumber manusia strategik yang merangkumi menarik, membangun, dan mengekal sumber manusia.
10
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
5.2 Perancangan sumber manusia
8
Calon seharusnya dapat:
5.2.1 Proses perancangan sumber manusia
(a) menjelaskan maksud dan objektif perancangan sumber manusia; (b) menjelaskan proses perancangan sumber manusia yang meliputi analisis kerja (penghuraian kerja dan spesifikasi kerja), menentukan keperluan, dan memenuhi keperluan;
(c) menjelaskan analisis kerja yang merangkumi penghuraian dan spesifikasi kerja;
5.2.2 Penentuan keperluan sumber manusia
(d) menjelaskan kaedah menentukan keperluan sumber manusia termasuklah meramal sumber dalaman dan luaran; carta penggantian; dan inventori kemahiran;
(e) menghuraikan faktor-faktor penentuan keperluan sumber manusia termasuklah perubahan teknologi, perubahan sosioekonomi, pertumbuhan perniagaan, dan penamatan perkhidmatan;
5.2.3 Pengambilan sumber manusia
(f) menjelaskan proses pengambilan yang merangkumi menarik minat, pemilihan, penawaran kerja, dan induksi;
(i) merekrut
(g) menjelaskan tindakan menarik minat termasuklah iklan, hebahan umum, head-hunting, walk-in, dan lain-lain;
(ii) pemilihan
(h) menjelaskan aspek pemilihan yang merangkumi borang permohonan, semakan rujukan, temu duga, dan ujian;
(iii) penawaran kerja
(i) menjelaskan penawaran kerja meliputi syarat-syarat perkhidmatan;
(iv) induksi
(j) menjelaskan induksi yang merangkumi tujuan, kandungan program, dan masalah perlaksanaan.
5.3 Latihan dan pembangunan
2
Calon seharusnya dapat: (a) mentakrifkan maksud latihan dan pembangunan serta peranan dan kepentingannya;
(b) menjelaskan jenis-jenis latihan yang dikendalikan dan menilai kebaikan dan kelemahannya.
11
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
5.4 Penilaian prestasi pekerja
4
Calon seharusnya dapat: (a) mentakrifkan maksud penilaian prestasi serta menjelaskan peranan dan kepentingannya;
(b) menjelaskan kaedah-kaedah penilaian prestasi;
(c) menjelaskan ciri-ciri penilaian prestasi yang berkesan;
(d) membincangkan masalah dalam penilaian prestasi.
5.5 Pampasan
4
Calon seharusnya dapat:
(a) menjelaskan maksud pampasan, tujuan, dan kepentingannya;
(b) menjelaskan ganjaran merangkumi gaji, upah, dan elaun [elaun sara hidup (COLA), elaun khidmat awam, elaun perumahan dan sebagainya];
(c) menjelaskan faedah yang berbentuk wang dan bukan wang termasuklah insurans pekerja, caruman KWSP, kemudahan kesihatan, percutian, kemudahan pinjaman, tempat penjagaan kanak-kanak, keahlian badan profesional dan kelab, kemudahan kebajikan dan keselamatan pekerja, dan seumpamanya;
(d) menjelaskan penentu-penentu pampasan.
5.6 Tindakan disiplin dan penamatan perkhidmatan
2
Calon seharusnya dapat: (a) mentakrifkan maksud disiplin dalam perjawatan; (b) menjelaskan proses tindakan disiplin yang merangkumi amaran lisan, amaran bertulis, surat tunjuk sebab, inkuiri, dan hukuman; (c) menjelaskan masalah dalam tindakan disiplin; (d) menjelaskan jenis-jenis hukuman berkaitan disiplin; (e) menjelaskan skim kemudahan penamatan perkhidmatan sama ada secara wajib, sukarela, atau diberhentikan (retrenchment).
12
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
5.7 Perhubungan industri
2
Calon seharusnya dapat: (a) mentakrifkan maksud perhubungan industri dan kepentingannya;
(b) menjelaskan fungsi, peranan, dan kepentingan kesatuan sekerja termasuklah Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan lain-lain;
(c) menjelaskan kaedah mengekalkan hubungan harmoni antara majikan dengan pekerja.
13
Penggal Kedua
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
B: PENGURUSAN
6 Pengurusan
42
6.1 Pengenalan kepada pengurusan
4
Calon seharusnya dapat:
6.1.1 Fungsi pengurusan
(a) mentakrifkan maksud pengurusan dan menjelaskan kepentingannya;
(b) menjelaskan fungsi pengurusan merangkumi perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, dan pengawalan;
6.1.2 Konsep keberkesanan dan kecekapan
(c) membincangkan konsep keberkesanan dan kecekapan pengurusan;
6.1.3 Peranan pengurus
(d) menerangkan peranan pengurus dalam sesebuah organisasi mengikut Teori Mintzberg, iaitu antara perorangan (interpersonal), peranan bermaklumat (informational), dan pembuatan keputusan (decision making);
6.1.4 Pendekatan pemikiran pengurusan
(e) menjelaskan pendekatan-pendekatan pemikiran pengurusan, ciri-ciri dan pelopornya termasuklah Pendekatan Klasikal, Pendekatan Kemanusiaan/Gelagat, Pendekatan Sains Pengurusan/Kuantitatif, dan Pendekatan Moden/Kontemporari.
6.2 Kemahiran pengurusan
6
Calon seharusnya dapat:
6.2.1 Peringkat pengurusan
(a) menjelaskan kepentingan kemahiran dalam pengurusan;
(b) menjelaskan tiga peringkat pengurusan iaitu peringkat bawahan, peringkat pertengahan, dan peringkat atasan;
6.2.2 Jenis-jenis kemahiran pengurusan
(c) menjelaskan berbagai-bagai jenis kemahiran pengurusan termasuklah konseptual, antara-perorangan/kemanusiaan, teknikal, pengurusan masa, dan pembuatan keputusan;
(d) menghubungkaitkan kemahiran pengurusan dengan peringkat pengurusan.
14
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
6.3 Perancangan
8
Calon seharusnya dapat:
6.3.1 Jenis-jenis perancangan
(a) mentakrifkan maksud perancangan dan menjelaskan kepentingannya;
(b) menjelaskan jenis perancangan mengikut jangka masa, kegunaan, dan peringkatnya (strategik, taktikal, dan operasi);
6.3.2 Proses perancangan
(c) menjelaskan proses perancangan yang meliputi menentukan matlamat dan objektif, menganalisis persekitaran perniagaan, membentuk alternatif tindakan, menilai alternatif, dan memilih alternatif tindakan;
6.3.3 Alat-alat perancangan
(d) menyediakan analisis pulang modal; (e) melakarkan carta Gantt; (f) menjelaskan bajet dan penggunaannya dalam perancangan; (g) menghitung dan melakarkan Critical Path Method (CPM);
6.3.4 Perancangan strategik
(h) menjelaskan unsur-unsur perancangan strategik yang merangkumi visi, misi, objektif (VMO), strategi dan taktik, dasar/polisi, prosedur, dan standard;
(i) mengaplikasikan analisis kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang (SWOT).
6.4 Pengorganisasian
8
Calon seharusnya dapat:
6.4.1 Reka bentuk organisasi
(a) mentakrifkan maksud pengorganisasian dan menjelaskan kepentingannya;
(b) membentuk carta organisasi dan membincangkan rasional penjabatanan organisasi mengikut fungsi, divisyen (produk, pasaran, dan geografi), dan matriks;
(c) menjelaskan bentuk-bentuk lain struktur organisasi termasuklah struktur berdasarkan pasukan, projek, unit perniagaan strategik (SBU), dan organisasi tanpa sempadan;
6.4.2 Proses penjabatanan
(d) menjelaskan proses penjabatanan yang meliputi (i) penentuan objektif; (ii) pengenalpastian aktiviti; (iii) pengelasan aktiviti; (iv) pengelompokan aktiviti, dan; (v) pengagihan tugas, autoriti dan tanggungjawab
15
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
(e) menjelaskan manual organisasi termasuklah fail meja, manual prosedur kerja, dan prosedur kualiti;
6.4.3 Konsep pengorganisasian
(f) membincangkan konsep-konsep pengorganisasian termasuklah autoriti, tanggungjawab, akauntabiliti, pemusatan dan pemencaran autoriti, penugasan, empowermen, autoriti lini dan staf, jangkauan kawalan, dan rantaian arahan.
6.5 Kepimpinan
8
Calon seharusnya dapat:
6.5.1 Jenis kuasa
(a) mentakrifkan maksud kepimpinan dan menjelaskan kepentingannya; (b) menjelaskan jenis-jenis kuasa pemimpin termasuklah kuasa sah, kuasa ganjaran, kuasa desakan, kuasa rujukan, dan kuasa kepakaran;
6.5.2 Jenis-jenis kepimpinan
(c) membincangkan jenis-jenis kepimpinan termasuklah transactional, transformational, karismatik, dan berwawasan (visionary);
6.5.3 Gaya kepimpinan
(d) membincangkan gaya kepimpinan autokratik, demokratik, laissez-faire, dan kontingensi;
6.5.4 Pemimpin dan pengurus
(e) membandingkan pemimpin dan pengurus;
6.5.5 Pemimpin formal dan tidak formal
(f) membandingkan pemimpin formal dan tidak formal;
6.5.6 Motivasi
(g) menjelaskan teori motivasi Maslow, Herzberg, McGregor, dan McClelland;
(h) membincangkan perkaitan amalan dengan teori-teori motivasi;
6.5.7 Pasukan
(i) mentakrifkan maksud pasukan dan menjelaskan kepentingan pasukan;
(j) menjelaskan proses pembentukan pasukan yang meliputi pembentukan (forming), peributan (storming), penyesuaian (norming), pelaksanaan (performing), dan penangguhan (adjourning);
6.5.8 Pengurusan stres
(k) mentakrifkan maksud stres dan pengurusan stres;
(l) menjelaskan punca-punca stres;
(m) menerangkan kaedah mengurus stres dari aspek individu dan organisasi;
(n) menjelaskan kesan stres kepada individu dan organisasi.
16
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
6.6 Pengawalan
8
Calon seharusnya dapat:
6.6.1 Jenis kawalan
(a) mentakrifkan maksud pengawalan dan menjelaskan kepentingannya;
(b) membincangkan jenis kawalan dalaman (audit dalaman, dasar organisasi, dan prosedur kerja) dan luaran (audit luar, peraturan, dan undang-undang);
6.6.2 Proses kawalan
(c) menjelaskan proses kawalan iaitu menetapkan standard, mengukur pencapaian, membandingkan pencapaian dengan standard, dan membuat langkah pembetulan;
6.6.3 Kaedah kawalan
(d) membincangkan kaedah kawalan iaitu awalan, semasa, dan selepas;
6.6.4 Alat-alat kawalan
(e) menggunakan alat-alat kawalan termasuk analisis titik pulang modal, bajet, carta Gantt, dan analisis Teknik Menilai dan Menyemak Program (Programme Evaluation and Review Technique [PERT]), Cara Laluan Genting (Critical Path Method [CPM]).
7 Aspek Perundangan Perniagaan
24
7.1 Undang-undang kontrak
16
Calon seharusnya dapat: (a) mentakrifkan Akta Kontrak 1950 (termasuk pindaan);
(b) menjelaskan elemen-elemen kontrak iaitu tawaran, penerimaan, balasan, niat, ketentuan, dan keupayaan;
(c) menerangkan syarat-syarat kontrak: termasuklah kontrak sah, kontrak tidak sah, kontrak batal, pelepasan kontrak, dan remedi;
Kes-kes rujukan: Kes Tan Geok Khoo & Gerald Francis Robless lwn. Paya Terubong Est. Sdn. Bhd. (1988) 2MLJ672 dan kes Preston Corp. Sdn. Bhd. lwn. Edward Leong & Ors (1982) 2MLJ22 (berkenaan tawaran dan penerimaan); kes Murugesu lwn. Nadarajah (1980) 2MLJ22 (berkenaan balasan dan perjanjian); kes Tan Swee Hoe Co. Ltd. lwn. Ali Hussain Bros. (1980) 2MLJ16 (berkenaan perjanjian lisan); Kes Leha Jusoh lwn. Awang Johari (1978) 1MLJ202 (berkenaan minor .belum dewasa. dan kontrak).
17
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
7.2 Kontrak jualan barang-barang
8
Calon seharusnya dapat: (a) mentakrifkan Akta Jualan Barang-barang 1957 (termasuk pindaan);
(b) menerangkan maksud kontrak jualan;
(c) membezakan syarat-syarat tersurat dan tersirat;
(d) menerangkan elemen-elemen yang perlu ada dalam kontrak jualan termasuk waranti, keterangan, bebas daripada kesulitan, boleh guna, dan mutu;
Kes-kes rujukan: Kes Low Kar Yit & Ors lwn. Mohd. Isa & Anor (1963) MLJ165 (berkenaan perjanjian jualan).
8 Kemahiran Komunikasi
30
8.1 Komunikasi
10
Calon seharusnya dapat:
8.1.1 Proses komunikasi
(a) menjelaskan maksud kemahiran komunikasi;
(b) menerangkan proses komunikasi yang meliputi penghantar, enkod, saluran, dekod, penerima, dan maklum balas;
8.1.2 Halangan komunikasi
(c) menerangkan halangan-halangan komunikasi seperti fizikal, psikologikal, sosiologikal dan semantik;
8.1.3 Bentuk komunikasi
(d) menerangkan bentuk-bentuk komunikasi iaitu sama ada menegak, mendatar, dan melintang, yang boleh berlaku secara sehala atau dua hala;
8.1.4 Jenis komunikasi
(e) menerangkan jenis komunikasi iaitu komunikasi lisan yang merangkumi perbincangan, mesyuarat, ucapan, dan pembentangan, dan komunikasi bukan lisan yang merangkumi visual, bertulis, dan bahasa badan;
8.1.5 Media komunikasi
(f) membandingkan media komunikasi dan kesesuaiannya termasuklah bersemuka, telefon, internet, intranet, memorandum, surat-menyurat, laporan, dan buletin.
8.2 Kemahiran mendengar
4
Calon seharusnya dapat:
8.2.1 Proses mendengar
(a) menjelaskan proses mendengar iaitu menerima, memahami, mengingati, menilai, dan memberi tindak balas;
18
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
8.2.2 Mendengar secara berkesan
(b) menjelaskan kaedah mendengar secara berkesan berasaskan: mendengar secara empati dan objektif; mendengar secara kritikal dan non judgemental; dan mendengar secara cetek dan mendalam;
8.2.3 Mendengar secara aktif
(c) menjelaskan fungsi mendengar secara aktif dan teknik-tekniknya yang meliputi: mengulang maksud pembicara, meluahkan kefahaman terhadap perasaan pembicara, dan menanya soalan.
8.3 Kemahiran berunding
8
Calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan prinsip berunding termasuklah: tumpuan kepada minat dan bukan kedudukan, asingkan manusia daripada masalah, jana pelbagai pilihan, dan guna kriteria yang objektif dan boleh terima;
(b) menjelaskan elemen-elemen perundingan termasuklah maklumat, masa, kuasa, etika, budaya, pelaku/personaliti, dan aspek sosial;
(c) menjelaskan tahap-tahap perundingan termasuklah intrapersonal, interpersonal, intrajabatan, interjabatan, nasional, dua hala, serantau, pelbagai hala, dan antarabangsa/global;
(d) menjelaskan strategi dan taktik perundingan termasuklah good guy, bad guy, nibbling, trial balloon, red herring, outrageous, apparent withdrawal, dan limited authority.
8.4 Teknologi maklumat
8
Calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan peranan dan kepentingan ICT dalam pengurusan perniagaan;
(b) menerangkan bagaimana internet boleh meluaskan peluang-peluang perniagaan seperti e-dagang, e-perolehan, dan e-pemasaran;
(c) menjelaskan kegunaan intranet dalam organisasi.
9 Pembuatan Keputusan
24
9.1 Proses membuat keputusan
8
Calon seharusnya dapat:
9.1.1 Jenis keputusan
(a) mentakrifkan maksud pembuatan keputusan;
19
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
(b) menjelaskan jenis keputusan merangkumi keputusan rutin dan tak rutin;
9.1.2 Proses pembuatan keputusan
(c) menjelaskan langkah-langkah dalam proses pembuatan keputusan rasional iaitu mengenal pasti masalah, mengutip data, menganalisis data, menjana alternatif, menilai alternatif, dan memilih alternatif.
9.2 Alat membuat keputusan
10
Calon seharusnya dapat:
9.2.1 Alat membuat keputusan kuantitatif
(a) mengaplikasikan alat membuat keputusan secara kuantitatif seperti statistik deskriptif dan pokok keputusan;
9.2.2 Alat membuat keputusan kualitatif
(b) mengaplikasikan alat membuat keputusan kualitatif seperti analisis tulang ikan, sumbang saran, kumpulan fokus, teknik Delphi, dan teknik kumpulan nominal.
9.3 Faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan
6
Calon seharusnya dapat:
9.3.1 Faktor kedapatan maklumat
(a) membincangkan pengaruh faktor kedapatan maklumat terhadap pembuatan keputusan;
9.3.2 Faktor kecekapan pembuat keputusan
(b) membincangkan pengaruh faktor kecekapan pembuat keputusan terhadap pembuatan keputusan;
9.3.3 Faktor situasi pembuatan keputusan
(c) membincangkan pengaruh faktor situasi terhadap pembuatan keputusan termasuklah kepastian, risiko, ketidakpastian, dan kesamaran.
20
Penggal Ketiga
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
C: KEUSAHAWANAN 10 Keusahawanan
30
10.1 Skop keusahawanan
2
Calon seharusnya dapat:
(a) mentakrifkan usahawan dan keusahawanan;
(b) membezakan antara usahawan, peniaga, dan pengurus;
(c) menjelaskan peranan usahawan dalam masyarakat usahawan secara mikro dan makro.
10.2 Teori keusahawanan
4
Calon seharusnya dapat: (a) menerangkan teori-teori keusahawanan mengikut pendekatan ekonomi, pendekatan psikologi, dan pendekatan sosiologi;
(b) mengaitkan teori tersebut dengan pelopornya.
10.3 Ciri-ciri usahawan berjaya
6
Calon seharusnya dapat: (a) menerangkan sifat-sifat peribadi usahawan berjaya antaranya mempunyai inisiatif yang tinggi, berani mengambil risiko, kreatif, inovatif, dan lain-lain;
(b) mengaitkan sifat-sifat usahawan dengan tokoh-tokoh usahawan semasa;
(c) menjelaskan ciri-ciri orang yang efektif berdasarkan Stephen Covey (Tujuh Tabii Orang Berjaya);
(d) menerangkan faktor kejayaan seimbang.
10.4 Mencari, mengembang dan merealisasikan idea perniagaan
8
Calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan sumber yang boleh memberi idea baru umpamanya pelanggan, produk sedia ada, syarikat sedia ada, saluran pengedaran, paten, penyelidikan dan pembangunan, profesional/jururunding, dasar kerajaan; (b) menjelaskan kaedah menjana dan mengembangkan idea melalui soal selidik, sumbang saran, pemerhatian, kumpulan fokus;
21
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
(c) membincangkan proses merealisasikan idea iaitu idea, menapis idea, membina konsep, menguji konsep, membuat rancangan perniagaan, membina fizikal (prototaip), dan mengkomersialkan.
10.5 Memula dan menjalankan perniagaan
10
Calon seharusnya dapat:
10.5.1 Kaedah memulakan perniagaan
(a) membincangkan kaedah memulakan sesebuah perniagaan iaitu memulakan sendiri, mengambil alih perniagaan sedia ada, francais, dan pakatan strategik (pelesenan, kontrak pengeluaran, dan usaha sama);
10.5.2 Pembiayaan dan sumber modal
(b) menjelaskan bentuk modal (i) Kewangan seperti modal teroka, ekuiti, dan hutang (ii) Bukan kewangan seperti aset-aset tetap (c) menjelaskan sumber modal formal (contoh: pinjaman bank, bantuan kerajaan, pelabur) dan sumber modal tidak formal (contoh: simpanan sendiri, pinjaman dari saudara mara/rakan);
10.5.3 Kemudahan dan bantuan
(d) menerangkan pihak-pihak yang memberi kemudahan dan bantuan seperti agensi kerajaan, badan-badan berkanun, dan pihak swasta; (e) menerangkan jenis kemudahan yang diberikan oleh agensi-agensi tersebut seperti bantuan kewangan, tapak kilang, khidmat nasihat dan perundingan, dan pembangunan usahawan.
11 Rancangan Perniagaan
32
Calon seharusnya dapat: (a) mentakrifkan rancangan perniagaan dan kepentingannya;
(b) menjelaskan kegunaan rancangan perniagaan kepada usahawan dan pihak berkepentingan;
(c) menyediakan rancangan perniagaan berdasarkan format berikut: (i) Rumusan Eksekutif (ii) Pengenalan (iii) Objektif (iv) Latar Belakang Syarikat
22
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
(v) Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi (vi) Latar Belakang Projek (vii) Rancangan Organisasi (viii) Rancangan Pemasaran (ix) Rancangan Pengeluaran/Operasi (x) Rancangan Kewangan (xi) Kesimpulan (xii) Lampiran
12 Perniagaan Antarabangsa
38
12.1 Skop perniagaan antarabangsa
6
Calon seharusnya dapat:
12.1.1 Peranan dan kepentingan
(a) mentakrif maksud perniagaan antarabangsa; (b) menjelaskan kepentingan perniagaan antarabangsa dalam ekonomi merangkumi tukaran asing, pasaran luas, guna tenaga, pemindahan teknologi;
12.1.2 Tahap perniagaan antarabangsa
(c) menjelaskan tahap perniagaan antarabangsa termasuk domestik, antarabangsa, multinasional, dan global;
12.1.3 Strategi memasuki perniagaan antarabangsa
(d) menjelaskan strategi memasuki perniagaan antarabangsa termasuk import, eksport, kontrak pengeluaran, pelesenan, francais, usaha sama, subsidiari, dan operasi serah kunci.
12.2 Konsep-konsep penting
4
Calon seharusnya dapat: (a) mentakrifkan konsep-konsep berikut: (i) Dunia tanpa sempadan (ii) Pasaran menimbul (emerging market) (iii) Selatan-Selatan (iv) Globalisasi (v) Lokalisasi (vi) Nasionalisasi (vii) Penswastaan
23
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
12.3 Syarikat multinasional
8
Calon seharusnya dapat:
12.3.1 Cabaran syarikat multi- nasional
(a) menjelaskan maksud syarikat multinasional dan tujuan organisasi menjadi syarikat multinasional;
(b) menjelaskan cabaran yang dihadapi oleh syarikat multinasional dari aspek: (i) Struktur organisasi (ii) Kawalan pengurusan (iii) Politik dan perundangan (iv) Ekonomi (v) Sosiobudaya
12.3.2 Risiko syarikat multi- nasional
(c) menerangkan jenis risiko antaranya risiko ekonomi, politik, kredit, pemilikan negara, penghantaran balik modal dan dividen, dan kadar pertukaran wang.
12.4 Pembayaran perdagangan dan pertukaran mata wang asing
4
Calon seharusnya dapat:
12.4.1 Dokumen penghantaran
(a) menjelaskan kegunaan dokumen penghantaran: Surat Pengesahan Penghantaran Laut (Bill of Lading), Surat Pengesahan Penghantaran Udara (Airway Bill), Sijil Pengesahan Tempat Asal (Certificate of Origin);
12.4.2 Kaedah pembayaran dan penyelesaian perdagangan
(b) menjelaskan kaedah penyelesaian perdagangan iaitu perdagangan barter dan perbankan koresponden; (c) menjelaskan kegunaan dokumen pembayaran perdagangan antarabangsa berikut: Surat Kredit (Letter of Credit), Tuntutan Ikut Perintah (Sign/Demand Order), dan lain-lain;
12.4.3 Peranan mata wang asing
(d) menjelaskan kesan kadar pertukaran mata wang asing terhadap perniagaan antarabangsa.
12.5 Galakan dan perlindungan perdagangan
12
Calon seharusnya dapat:
12.5.1 Galakan
(a) menjelaskan peranan MATRADE dalam menggalakkan pemasaran antarabangsa;
24
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
(b) menjelaskan galakan perniagaan antarabangsa berikut: (i) Blok perdagangan termasuk AFTA, NAFTA, EU, ASEAN (ii) Perdagangan timbal balas (iii) Kempen Kerajaan (zon perdagangan bebas, Koridoraya Multimedia (MSC), galakan cukai, pengecualian cukai, pembiayaan eksport, taraf perintis, subsidi, dan kempen belilah barangan Malaysia) (iv) Promosi pelaburan (c) menjelaskan fungsi, peranan, dan kesan pakatan perniagaan antarabangsa, seperti WTO, AFTA, NAFTA, EU, APEC, ASEAN (IMT-GT, IMS-GT, BIMP-EAGA), dan lain-lain;
12.5.2 Perlindungan perdagangan
(d) menerangkan objektif perlindungan perdagangan; (e) menerangkan kaedah melindungi pasaran domestik termasuk tarif dan bukan tarif.
13 Etika Perniagaan dan Tanggungjawab Sosial
20
13.1 Etika perniagaan
6
Calon seharusnya dapat:
13.1.1 Pendekatan tindakan beretika
(a) mentakrifkan etika perniagaan dan etika kerja; (b) menjelaskan maksud .dilema etika. dan menghuraikan pendekatan tindakan beretika yang merangkumi utilitarian, individualisme, hak moral, dan keadilan;
13.1.2 Faktor dalam pilihan pendekatan
(c) menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan pendekatan tindakan beretika oleh pengurus dan organisasi;
13.1.3 Jenayah kolar putih
(d) mentakrifkan maksud jenayah kolar putih (jenayah perdagangan); (e) menjelaskan jenis-jenis jenayah kolar putih seperti rasuah, penyelewengan, pecah amanah, konflik kepentingan, dan penyalahgunaan kuasa (Contoh: Akta Pencegahan Rasuah 1997); (f) menjelaskan hukuman terhadap kesalahan jenayah kolar putih.
25
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
13.2 Tanggungjawab sosial
8
Calon seharusnya dapat:
13.2.1 Pihak berkepentingan (pemilik taruh)
(a) mentakrifkan maksud tanggungjawab sosial;
(b) menjelaskan pihak berkepentingan dalam tanggungjawab sosial termasuk (i) primer (pekerja, pemegang saham, pembiaya, pembekal, pelanggan, peruncit, dan pemborong) (ii) sekunder (kerajaan, media, masyarakat, dan kumpulan pendesak) (c) menjelaskan tanggungjawab sosial terhadap pihak berkepentingan tersebut;
13.2.2 Kebaikan dan kelemahan
(d) membincangkan kebaikan dan kelemahan terhadap organisasi yang menjalankan tanggungjawab sosial;
13.2.3 Warga korporat
(e) menjelaskan maksud warga korporat; (f) menyatakan peranan warga korporat (i) gelagat beretika dalam perniagaan (ii) komited terhadap pihak berkepentingan termasuk masyarakat, pelanggan, pekerja, pelabur, dan pembekal (iii) komited terhadap persekitaran dalam jangka masa panjang
13.3 Kepenggunaan
6
Calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan hak-hak pengguna; (b) menjelaskan peranan agensi berkaitan iaitu: (i) Persatuan pengguna termasuklah FOMCA, Persatuan Pengguna Muslim (PPM), dan lain-lain (ii) Kementerian/Agensi yang berkenaan. (iii) Better Business Bureau (iv) Tribunal pengguna
26
Kerja Kursus . Kerja Projek 1 Pengenalan Setiap calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta dan calon persendirian individu wajib melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan sebagai satu daripada komponen pentaksiran untuk Penggal Ketiga. Calon dikehendaki menjalankan kerja kursus ini secara individu. Wajaran bagi komponen kerja kursus ini adalah sebanyak 25% daripada markah keseluruhan kertas Pengajian Perniagaan (946). Markah pentaksiran kerja kursus hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia untuk diambil kira bersama-sama dengan markah peperiksaan bagi tujuan penggredan dan juga Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK). Pentaksiran pencapaian calon dalam kerja kursus ini adalah berdasarkan kepada Panduan Pemarkahan Kerja Kursus Pengajian Perniagaan (946/4). Tugasan kerja kursus adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan mata pelajaran Pengajian Perniagaan, berasaskan mana-mana atau gabungan tajuk 1 hingga 13. Panduan dan arahan tugasan kerja kursus akan diberikan melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my. Pelaksanaan dan pentaksiran kerja kursus ini dijalankan untuk pelajar yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan dari bulan Jun hingga bulan November iaitu semasa pelajar berada di Tingkatan Enam Atas. 2 Objektif Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai dan memperkukuh kemampuan calon untuk: (i) memahami konsep-konsep asas yang dipelajari dalam subjek ini (ii) menganalisis secara kritikal dan memahami elemen-elemen perniagaan yang perlu ada dalam sebuah organisasi yang baik (iii) mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari daripada pelbagai topik pada organisasi kajian kes berkenaan (iv) menerapkan domain kemahiran insaniah ke dalam mata pelajaran
27
Skim Pentaksiran 946 Pengajian Perniagaan Peperiksaan bagi mata pelajaran ini terdiri daripada empat kertas, iaitu Kertas 1 (Penggal Pertama), Kertas 2 (Penggal Kedua), dan Kertas 3 dan Kertas 4 (Penggal Ketiga). Calon sekolah dikehendaki mengambil Kertas 1, Kertas 2, dan Kertas 3 masing-masing pada akhir penggal pertama, penggal kedua, dan penggal ketiga. Mereka dibenarkan mengulang Kertas 1 dan Kertas 2 pada akhir penggal ketiga sahaja. Kertas 4 adalah kerja kursus yang tugasannya berasaskan mana-mana atau gabungan tajuk 1 hingga 13. Calon dikehendaki menghantar tugasan kerja kursus ini kepada pihak sekolah pada akhir penggal ketiga. Calon persendirian individu boleh mengambil Kertas 1, Kertas 2, Kertas 3 dan Kertas 4 sekaligus pada akhir penggal ketiga. Mereka dibenarkan mengulang Kertas 1 dan Kertas 2 pada akhir penggal ketiga sahaja. Kertas 4 adalah kerja kursus yang tugasannya berasaskan mana-mana atau gabungan tajuk 1 hingga 13. Calon dikehendaki menghantar tugasan kerja kursus ini kepada pihak sekolah yang berkenaan pada akhir penggal ketiga.
28
Penggal Pengajian
Kod dan Nama Kertas
Jenis Ujian
Markah (Wajaran)
Masa
Pentadbiran
Penggal Pertama
946/1 Pengajian Perniagaan 1
Ujian Bertulis Bahagian A: Soalan esei 10 soalan diberikan Jawab semua soalan Bahagian B: 1 soalan kajian kes dan termasuk sebahagiannya soalan berbentuk prinsip atau konsep berkaitan tajuk-tajuk dalam penggal berkenaan
100 (25%) 50 50
1¨ö jam
Pentaksiran berpusat
Penggal Kedua
946/2 Pengajian Perniagaan 2
Ujian Bertulis Bahagian A: Soalan esei 10 soalan diberikan Jawab semua soalan Bahagian B: 1 soalan kajian kes dan termasuk sebahagiannya soalan berbentuk prinsip atau konsep berkaitan tajuk-tajuk dalam penggal berkenaan
100 (25%) 50 50
1¨ö jam
Pentaksiran berpusat
Penggal Ketiga
946/3 Pengajian Perniagaan 3
Ujian Bertulis Bahagian A: Soalan esei 10 soalan diberikan Jawab semua soalan Bahagian B: 1 soalan kajian kes dan termasuk sebahagiannya soalan berbentuk prinsip atau konsep berkaitan tajuk-tajuk dalam penggal berkenaan
100 (25%) 50 50
1¨ö jam
Pentaksiran berpusat
29
Nota: Untuk menentukan gred akhir, wajaran bagi ujian bertulis ialah 75% dan bagi kerja kursus 25%.
Penggal Pengajian
Kod dan Nama Kertas
Jenis Ujian
Markah (Wajaran)
Masa
Pentadbiran
Penggal Ketiga
946/4 Pengajian Perniagaan 4
Kerja Kursus (Kerja Projek) Tugasan adalah berdasarkan tajuk 1 hingga 13.
100 (25%)
Sepanjang penggal ketiga
Pentaksiran berasaskan sekolah bagi calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan
Pentaksiran oleh pemeriksa yang dilantik bagi calon sekolah swasta dan calon persendirian individu
30
Pemerihalan Gred Gred A Calon menunjukkan pengetahuan yang lengkap, tepat, dan sempurna terhadap isi dan fakta bagi sesuatu topik. Calon menjelaskan konsep, istilah dan huraian dengan tepat dan terang. Calon menghubung kait atau mengaplikasikan konsep secara tepat, bersesuaian dengan keadaan atau situasi sebenar. Calon membuat keputusan yang tepat, secara jelas, dan sistematik, dengan menggunakan kaedah saintifik, rasional dan logikal. Gred C Calon menunjukkan pengetahuan yang asas dan tepat terhadap isi dan fakta bagi sesuatu topik. Calon menjelaskan konsep, istilah dan huraian dengan terhad. Calon menghubung kait atau mengaplikasikan konsep secara terbatas, kurang bersesuaian dengan keadaan atau situasi sebenar. Calon membuat keputusan secara terbatas, kurang jelas, hanya menggunakan rasional dan logikal.
31
Glosari
Bil.
Istilah
Huraian istilah
1
Atribut produk
Ciri-ciri produk sama ada fizikal atau pun psikologikal.
2
Lini produk
Barisan produk yang ditawarkan oleh organisasi, yang mempunyai ciri yang serupa.
3
Pemilik taruh
Sila rujuk pihak berkepentingan.
4
Pihak berkepentingan
Pihak yang mendapat dan memberi kesan terhadap tindak tanduk organisasi.
5
Segmentasi
Pembahagian pasaran mengikut ciri-ciri pengguna.
6
Servis
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi.
7
Stres
Tindak balas psikologi dan fisiologi terhadap persekitaran.
8
Merekayasa
Menyusun semula proses dan aliran kerja.
9
Luwes
Fleksibel
10
Huluan
Perniagaan yang berperanan sebagai input kepada perniagaan seterusnya.
11
Hiliran
Perniagaan yang berperanan sebagai penyambung kepada pengeluar.
12
Massa
Pengeluaran secara pukal.
13
COLA
Cost of Living Allowances. Imbuhan khas yang dibayar oleh majikan bagi menampung kos sara hidup.
14
ICT
Information and Communications Technology. Teknologi elektronik yang memudahkan perhubungan dan pemprosesan maklumat.
15
AFTA
Asean Free Trade Area. Pakatan perdagangan bebas antara negara-negara dalam ASEAN.
16
PDCA
Plan, Do, Check, Action. Satu proses untuk melaksanakan kawalan kualiti.
17
BCG
Boston Consulting Group Matrix. Satu kaedah pemetaan perniagaan berdasarkan kepada kadar pertumbuhan industri dan syer pasaran syarikat. Kaedah ini diolah oleh kumpulan perunding Boston Consulting Group.
18
IMC
Integrated Marketing Communication. Strategi pemasaran yang memberi fokus terhadap kepentingan kelompok pelanggan tertentu bagi memaksimumkan impak promosi.
32
Bil.
Istilah
Huraian istilah
19
Gharar
Prinsip syariah yang merujuk kepada tindakan yang berasaskan kepada sesuatu yang tidak pasti.
20
Maisir
Prinsip syariah yang merujuk kepada tindakan yang berasaskan kepada sesuatu yang mempunyai unsur spekulasi atau perjudian.
21
NAFTA
North America Free Trade Agreement. Perjanjian perdagangan bebas antara Kanada, Amerika Syarikat dan Mexico.
22
EU
European Union. Kesatuan negara-negara Eropah.
23
APEC
Asia Pacific Economic Caucus. Kesatuan negara-negara Asia Pasifik.
24
WTO
World Trade Organisation. Pakatan negara-negara sedunia berkaitan dengan perdagangan, ekonomi, sosial, dan alam sekitar.
25
IMT-GT
Indonesia Malaysia Thailand Growth Triangle. Persetujuan perdagangan dan pembangunan kawasan segi tiga yang melibatkan negara Indonesia, Malaysia dan Thailand.
26
IMS-GT
Indonesia Malaysia Singapore Growth Triangle. Persetujuan perdagangan dan pembangunan kawasan segi tiga yang melibatkan negara Indonesia, Malaysia dan Singapura.
27
BIMP-EAGA
Brunei Indonesia Malaysia Philippines East Asian Growth Area. Persetujuan perdagangan dan pembangunan kawasan yang melibatkan negara Brunei,Indonesia, Malaysia, dan Filipina.
28
FOMCA
Federation of Malaysian Consumers Associations. Gabungan persatuan-persatuan pengguna di Malaysia.
33
Senarai Rujukan 1. Abu Bakar Hamed, 2005. Keusahawanan dan Pengurusan Perniagaan Kecil. Sintok: Universiti Utara Malaysia. 2. Covey, S.R., 1993. The Seven Habits of Highly Effective People: Restoring the Character Ethic. New York: Simon & Schuster. Terjemahan oleh Adibah Amin. 3. Philip, Gary Armstrong, dan Kotler, 2011. Marketing An Introduction. Edisi ke-10. One Lake Street, New Jersey: Pearson Education, Inc. Prentice-Hall, Engelwood Cliffs. 4. Goh Chen Chuan, 1996. Company Directors. (Malaysia & Singapore): Leeds Publication. 5. Griffin, R.W., 1993. Management. Edisi ke-4. Boston: Houghton Miflin Company. 6. Griffin, R.W. dan Ebert, R.J., 1996. Business. Edisi ke-4. New Jersey: Prentice-Hall, Engelwood Cliffs. 7. Koontz Harold dan Weihrich Heinz. 1995. Pengurusan, Penterjemahan Mohd Salmi Mohd, Siti Nadrah Sheikh Omar. Singapore: McGraw-Hill Book Company. 8. Maimunah Aminuddin, 1992. Human Resource Management. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. 9. Moha Asri A., 1997. Industri Kecil di Malaysia: Prospek dan Pembangunan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 10. Nor Khalidah Abu dan Yusniza Kamarulzaman, 2009. Principles of Marketing. Kuala Lumpur: Oxford Fajar. 11. Peery, N.S., 1995. Business, Government and Society. New Jersey: Prentice-Hall, Engelwood Cliffs. 12. Kotler Philip dan Gary Armstrong, 1996. Principles of Marketing. Edisi ke-7. New Jersey: Prentice-Hall, Engelwood Cliffs. 13. Kotler Philip, 2009. Principles of Marketing: A Global Perspective. Singapore: Prentice-Hall. 14. Rahmah Ismail (pnyt.), 1995. Industri Kecil Malaysia: Isu Pembiayaan, Teknologi dan Pemasaran. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 15. Daft Richard L., 2008. The New Era of Management. Edisi ke-8. South Western: Thomson. 16. Kerin Roger A., 2009. Marketing in Asia. Edisi ke-9. Boston: McGraw-Hill Book Company. 17. Rosli Mahmood dan Azrain Nasyrah Mustapa, 2010. Prinsip-prinsip Keusahawanan, Pendekatan Gunaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 18. Sabri Haji Hussin, 2010. Pengurusan Perniagaan, Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 19. Saiful B.S. et al., 1995. Asas Pengurusan Kewangan. Shah Alam: Fajar Bakti. 20. Shaikh M. Noor Alam S.M. Hussain, 1995. Undang-undang Komersil Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
34
21. William C.F., Davis K., dan James E., 1995. Post/Business Society. McGraw-Hill Book Company. 22. Akta Syarikat 1965 (Pindaan 1992) . (Akta 125). 23. Akta Pekerjaan 1955 (Pindaan 1980). 24. Akta Sewa Beli 1967. 25. Akta Perkongsian 1961 (Pindaan 1974). 26. Akta Kontrak 1950. 27. Akta Perhubungan Industri 1967 (Pindaan 1980). 28 Akta Kesatuan Sekerja 1967 (Pindaan 1980). 29. Akta KWSP 1951 (Pindaan 1982) . (Akta 272). 30. Akta Keselamatan Sosial 1969 (Pindaan 1980). 31. Akta Kualiti dan Alam Sekeliling 1974 . (Akta 127). 32. Akta Hak Cipta 1987 (Pindaan 1990) . (Akta 332). 33. Akta Pencegahan Rasuah 1997.
35
KERTAS SOALAN CONTOH 946/1 STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1 (1 jam 30 minit) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab semua soalan. Semua kerja perhitungan hendaklah ditunjuk dengan jelas. Markah untuk tiap-tiap soalan diberi dalam tanda [ ]. Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong. Majlis Peperiksaan Malaysia
STPM 946/1
36
Bahagian A [50 markah] Jawab semua soalan. 1 (a) Dengan menggunakan contoh industri minyak kelapa sawit, jelaskan bagaimana proses tambah nilai berlaku. [6] (b) Jelaskan maksud perniagaan tahap tertiar dan huraikan dua contoh perniagaan tersebut. [4] (c) Jelaskan tiga jenis pengeluaran. [6] (d) Jelaskan sistem pembuatan luwes dan huraikan tiga kebaikan penggunaan sistem tersebut. [5] (e) Jelaskan perbezaan antara pemasaran dan jualan dari aspek aktiviti dan objektif. [4] (f) Jelaskan maksud kelebaran campuran dan kedalaman campuran bagi sesuatu produk. Berikan contoh yang sesuai. [6] (g) Nyatakan tiga penggunaan dana mengikut keperluan jangka masa panjang dan bagi setiap satu jelaskan kaedah pembiayaan yang sesuai. [6] (h) Huraikan lima prinsip takaful. [5] (i) Huraikan empat jenis ujian yang digunakan dalam pemilihan pekerja. [4] (j) Jelaskan dua skim kemudahan penamatan perkhidmatan secara wajib dan secara sukarela. [4]
946/1
37
Bahagian B [50 markah] 2 (a) Proton Holdings Berhad (Proton) merupakan sebuah syarikat awam tersenarai yang mana aktiviti utama perniagaannya ialah mengeluarkan kereta penumpang. Proton mempunyai kilang membuat kereta di Shah Alam dan di Perak. Pada bulan Mei 2006 Proton telah mengumumkan kemerosotan keuntungan syarikat bagi tahun kewangan berakhir bulan Mac 2006 kepada RM46.73 juta berbanding dengan keuntungan RM442.44 juta pada tahun 2005. Mengikut laporan kemerosotan keuntungan adalah disebabkan oleh kejatuhan hasil jualan, peningkatan dalam peruntukan hutang lapuk dan stok lama, kenaikan kos promosi dan kos komponen kereta. Bagi mengatasi cabaran perniagaan masa depan Proton telah mengambil beberapa langkah strategik. Antaranya ialah mengadakan pakatan atau usaha sama dengan syarikat pengeluar kereta utama dan terkemuka antarabangsa seperti Mitsubishi Motors Corp.(Jepun), PSA Peugeot-Citreon (Perancis), dan Volkswagen AG (Jerman). Usaha sama dengan PSA Peugeot-Citreon ialah dalam pembangunan platform kenderaan dan bekalan komponen kenderaan. Sementara usaha sama dengan Volkswagen AG pula ialah bekalan produk dan komponen kepada Proton. Pada bulan Februari pula Proton telah memeterai perjanjian dengan Mitsubishi Motors untuk membina kenderaan Proton baru, membekal komponen, dan memberikan sokongan teknikal bagi kejuruteraan pengeluaran dan kawalan mutu. Proton juga telah melaksanakan tindakan mengawal kos. Selain itu Proton bercadang membuat penambahbaikan rupa (facelift) bagi model-model sedia ada di samping memperkenalkan beberapa model baru pada tahun 2008. Proton juga akan memperkenalkan model gantian Satria sebagai langkah strategik untuk meningkatkan jualan keretanya. Sungguhpun demikian Proton merasa bimbang tentang kadar jualan keretanya pada masa depan memandangkan kesan persekitaran yang telah dan sedang berlaku menunjukkan kejatuhan jualan kereta seluruh negara sebanyak 9% pada tahun 2005. Proton menjangkakan industri kenderaan penumpang akan menghadapi kesukaran oleh kerana bank mengenakan kredit yang ketat dan kenaikan kadar faedah. Di samping itu harga petrol dan juga tarif elektrik juga telah meningkat antara 12% hingga 18%. Negeri Perak pula akan menaikkan tarif penggunaan air sebanyak 15%. (Sumber: Business Times, NST 31/5/2006, ms. 35/46; The Star, 31/5/2006, ms. N16). (i) Jelaskan faktor-faktor yang menjejaskan keuntungan Proton. [10] (ii) Berdasarkan kes di atas jelaskan bagaimana faktor-faktor persekitaran umum mempengaruhi prestasi perniagaan Proton. [10] (iii) Bincangkan bagaimana langkah-langkah strategik yang diambil oleh Proton akan dapat membantu memperbaiki prestasinya pada masa depan. [15] (b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan proses kawalan kualiti dalam pengeluaran. [15]
946/1
38
KERTAS SOALAN CONTOH 946/2 STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 2 (1 jam 30 minit) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab semua soalan. Semua kerja perhitungan hendaklah ditunjuk dengan jelas. Markah untuk tiap-tiap soalan diberi dalam tanda [ ]. Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong. Majlis Peperiksaan Malaysia
STPM 946/2
39
Bahagian A [50 markah] Jawab semua soalan 1 (a) Jelaskan tiga peranan pengurus sebagai komunikator. [6] (b) Bezakan jenis perancangan taktikal dan perancangan operasi. [4] (c) Jelaskan tiga kegunaan carta organisasi. [6] (d) Huraikan empat ciri kawalan yang berkesan. [4] (e) Ali membuat tawaran untuk menjual keretanya kepada Ahmad secara tunai dengan harga RM60 000. Nilai pasaran kereta itu ialah RM40 000. Ahmad bersetuju membeli kereta itu. Berdasarkan senario ini, terangkan tiga elemen balasan mengikut undang-undang kontrak. [6] (f) Huraikan empat syarat tersirat di bawah perjanjian penjualan barangan mengikut Akta Jualan Barang-Barang 1957. [4] (g) Jelaskan tiga teknik mendengar secara aktif bagi mencapai matlamat komunikasi berkesan. [6] (h) Jelaskan empat peranan komunikasi dalam e-dagang. [4] (i) Data yang berikut menunjukkan jumlah unit jualan mingguan yang dibuat oleh dua orang jurujual bagi lima minggu berturut-turut. Hitung min jualan dan sisihan piawai jualan bagi setiap jurujual dan nyatakan jurujual manakah yang lebih tekal. [4]
Jurujual
Minggu
1
2
3
4
5
A
96
82
72
60
90
B
84
87
64
60
65
(j) Huraikan tiga ciri dan tiga kegunaan analisis tulang ikan sebagai alat membuat keputusan. [6]
946/2
40
Bahagian B [50 markah] 2 (a) Seorang graduan, baru bertugas sebagai pegawai pemasaran. Dalam tempoh percubaan, beliau gagal mencapai sasaran jualan. Beliau telah diarahkan oleh pengurus pemasaran untuk meningkatkan jualan seberapa banyak yang boleh. Di samping itu, Pengurus Besar telah mengarahkan beliau untuk memberi kursus asas perakaunan kepada kerani kewangan. Beliau menghadapi masalah kerana pasukan jurujualnya tiada pengalaman dalam melaksanakan jualan di samping beliau sendiri tiada pengalaman dalam memberi kursus. Syarikat tidak menyediakan kenderaan kepada beliau dan pasukan jurujualnya untuk menjalankan tugas. Setiap kali beliau hendak keluar, beliau mesti mendapatkan kebenaran daripada pengurus pemasaran. Situasi ini menyebabkan beliau amat tertekan. (i) Kenal pasti dan huraikan tiga punca stres pegawai pemasaran tersebut. [10] (ii) Bincangkan bagaimana untuk mengurangkan stres yang dihadapi oleh pegawai pemasaran itu. [15] (b) Selepas mendapat ijazah, Encik Ahmad memulakan kerjayanya sebagai penyelia di sebuah syarikat pengeluaran alat komputer. Selepas lapan tahun, beliau dinaikkan pangkat kepada pengurus jabatan pengeluaran. Sepuluh tahun kemudian, beliau telah dilantik menjadi pengarah urusan syarikat berkenaan. (i) Huraikan keperluan kemahiran utama bagi setiap peringkat kerjaya Encik Ahmad. [15] (ii) Jelaskan jenis perancangan yang sesuai dibuat bagi setiap peringkat kerjaya Encik Ahmad. [10] 946/2
41
KERTAS SOALAN CONTOH 946/3 STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 3 (1 jam 30 minit) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab semua soalan. Semua kerja perhitungan hendaklah ditunjuk dengan jelas. Markah untuk tiap-tiap soalan diberi dalam tanda [ ]. Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong. Majlis Peperiksaan Malaysia
STPM 946/3
42
Bahagian A [50 markah] Jawab semua soalan 1 (a) Jelaskan maksud kreativiti dan senaraikan empat ciri usahawan yang boleh menghasilkan sesuatu yang bersifat kreatif. [6] (b) Jelaskan tiga sumber idea baru untuk memulakan perniagaan. [6] (c) Berikan empat kebaikan mengambil alih perniagaan sedia ada. [4] (d) Jelaskan bagaimana pemindahan teknologi automobil ke Malaysia berlaku melalui pengambilalihan syarikat pengeluar kereta Lotus U.K oleh Proton. [6] (e) Huraikan dua bentuk struktur organisasi bagi sesebuah syarikat multinasional. [4] (f) Jelaskan empat pihak yang memerlukan rancangan perniagaan. [4] (g) Jelaskan tiga instrumen pembiayaan yang digunakan untuk menjelaskan bayaran perdagangan antarabangsa. [6] (h) Jelaskan maksud tarif dalam konteks perlindungan perniagaan dan berikan dua jenis tarif yang berkenaan. [4] (i) Terangkan maksud etika kerja, dan nyatakan dua contoh etika kerja dalam profesion perubatan. [4] (j) Jelaskan tiga sebab organisasi perniagaan mengamalkan tanggungjawab sosial. [6]
946/3
43
Bahagian B [50 markah] 2 (a) International Business Machines Corporation (IBM) menyediakan penyelesaian-penyelesaian urusniaga kepada pelanggan melalui penggunaan teknologi maklumat yang maju seperti komputer, perisian-perisian dan sistem pengurusan maklumat. IBM mengguna laman web syarikat untuk memberitahu semua pihak berkepentingan tentang aktiviti-aktiviti firma dalam tanggungjawab sosialnya. Tujuannya ialah untuk meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan dalam aktiviti tersebut. Dengan cara ini maklumat tentang kegiatan tanggungjawab sosial IBM adalah lebih fokus dan teratur. Sejak sepuluh tahun yang lepas, IBM adalah satu daripada penyumbang korporat utama dari segi wang tunai, peralatan dan tenaga manusia kepada organisasi yang bukan bermotif keuntungan dan institusi pendidikan di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia. Fokus utama IBM ialah membantu manusia menggunakan teknologi maklumat untuk memperbaiki kualiti hidup mereka bagi diri mereka dan masyarakat. Teknologi ini mempunyai potensi untuk membantu organisasi menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik, mengurus kos, memaksimumkan keberkesanan dan melaksanakan program-program baru yang lebih menguja. Komitmen syarikat tertumpu kepada banyak bidang, termasuklah pendidikan, kesenian dan kebudayaan, dan alam sekitar. Selain itu aktiviti syarikat juga tertumpu kepada latihan orang dewasa, pembangunan tenaga kerja, membantu komuniti yang kurang mampu, dan program sukarela pekerja. Mesej keseluruhan adalah jelas, iaitu IBM berusaha untuk menjadi warga korporat yang bertanggungjawab kepada masyarakat di mana ia menjalankan perniagaannya. (i) Nyatakan pihak berkepentingan terhadap IBM dan bincangkan tanggungjawab sosial pengurus IBM terhadap setiap pihak berkepentingan tersebut. [15] (ii) Bagaimanakah pihak berkepentingan boleh memberi kesan kepada kejayaan IBM? [10] (iii) Bincangkan tindakan IBM dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya. [15] (b) Huraikan lima hak pengguna. [10] 946/3
44
KERTAS SOALAN CONTOH 946/4 STPM
PENGAJIAN PERNIAGAAN
KERTAS 4 KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Kertas ini mengandungi Arahan Kerja Kursus. Anda dikehendaki membaca arahan yang diberikan dengan teliti sebelum memulakan projek pengaplikasian pengajian perniagaan anda. Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong. Majlis Peperiksaan Malaysia STPM 946/4
45
Calon dikehendaki menyiapkan kerja projek ini. Di bawah ini disenaraikan 3 jenis perniagaan. Pilih salah satu jenis perniagaan dan dapatkan maklumat tentang pengurusan organisasi, produk, pemasaran, operasi, dan kewangan perniagaan tersebut daripada sumber-sumber yang berkaitan. (i) Perniagaan menjual basikal (ii) Restoran makanan laut (iii) Agensi pelancongan Calon diminta mengumpul, menyusun, mengklasifikasi, menganalisis, dan membuat ulasan berkaitan maklumat tersebut. Calon perlu mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari daripada mata pelajaran ini kepada organisasi perniagaan berkenaan. Berdasarkan arahan yang telah diberi, calon dikehendaki: (i) Menjelaskan dengan ringkas kaedah memperoleh data dan maklumat. (ii) Menjelaskan jenis pengeluaran dan susun atur organisasi perniagaan berkenaan yang telah dipilih pada awal semester. Calon juga dikehendaki membincangkan faktor-faktor pemilihan lokasi organisasi perniagaan serta pendekatan kawalan kualiti dan alat-alat kawalan inventori yang digunakan. (iii) Menjelaskan campuran pemasaran yang digunakan. (iv) Menyediakan penyata kewangan organisasi dan membincangkan sumber pembiayaan yang sesuai untuk mengembangkan perniagaan. (v) Melampirkan maklumat yang relevan dengan jawapan yang diberikan.
946/4

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SEJARAH

STPM/S940

PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(STPM)
SEJARAH
Sukatan Pelajaran dan Kertas Soalan Contoh
Sukatan pelajaran ini digunakan mulai sesi 2012/2013 dan tahun-tahun seterusnya sehingga diberitahu.
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
¡°Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.¡±
3
PRAKATA Sukatan Pelajaran Sejarah yang baharu ini digubal untuk menggantikan Sukatan Pelajaran Sejarah sedia ada yang telah digunakan semenjak peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun 2005. Sukatan pelajaran yang baharu ini akan mula digunakan pada tahun 2012. Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun tersebut akan menjadi peperiksaan pertama yang menggunakan sukatan pelajaran ini. Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Sejarah ini mengambil kira perubahan yang hendak dilakukan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia terhadap sistem peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang sedia ada. Melalui sistem peperiksaan yang baharu ini, pengajian di tingkatan enam akan dibahagikan kepada tiga penggal dan calon akan menduduki peperiksaan pada setiap akhir penggal. Tujuan utama Majlis Peperiksaan Malaysia memperkenalkan sistem peperiksaan yang baharu ini adalah untuk memperbaiki orientasi pengajaran dan pembelajaran di tingkatan enam supaya tidak jauh berbeza dengan orientasi pengajaran dan pembelajaran di kolej dan universiti. Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Sejarah ini merupakan proses pengemaskinian tajuk, kandungan, dan kemahiran supaya selaras dengan perkembangan semasa. Sukatan pelajaran ini akan memberikan pendedahan kepada calon di peringkat prauniversiti tentang Sejarah Dunia (1500-1955), Sejarah Islam (500-1918), Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000). Selain itu, sukatan pelajaran ini juga memberi penekanan dalam aspek meningkatkan kemahiran sejarah seperti kemahiran menganalisis dan merumuskan fakta sejarah secara kritis dan rasional dalam kalangan calon. Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan agar sukatan pelajaran ini dapat menghasilkan calon prauniversiti yang berfikiran matang, berpengetahuan luas, dan berupaya untuk menyampaikan idea secara berkesan dengan menggunakan pelbagai bentuk komunikasi. Selain itu, sukatan pelajaran ini juga mewajibkan calon menjalankan kajian luar. Pentaksirannya dibuat melalui penghasilan Kerja Projek. Aspek ini difikirkan penting kerana melalui kajian luar, calon bukan sahaja belajar untuk menguasai ilmu tertentu tetapi juga akan dapat menerapkan kemahiran insaniah ke dalam diri mereka melalui pengalaman yang ditempuhi semasa menyiapkan kajian tersebut. Pengalaman ini akan membantu calon dalam melaksanakan kajian luar pada peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan. Sukatan pelajaran ini mengandungi tajuk, waktu pengajaran, masa kajian, kawasan kajian dan hasil pembelajaran mengikut penggal, di samping maklumat kerja kursus, skim pentaksiran, pemerihalan prestasi, dan soalan contoh. Usaha menggubal sukatan pelajaran ini telah dilaksanakan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Datin Paduka Profesor Dr. Hajah Ramlah binti Adam dari Universiti Teknologi Mara. Anggota jawatankuasa yang lain terdiri daripada beberapa orang pensyarah dari universiti tempatan, dan guru-guru yang berpengalaman dalam mengajar mata pelajaran Sejarah. Bagi pihak Majlis Peperiksaan Malaysia, saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa ini atas khidmat yang telah diberikan. Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan Majlis Peperiksaan Malaysia agar sukatan pelajaran ini menjadi panduan kepada guru dan calon dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Semoga pelaksanaan sukatan pelajaran ini berjaya mencapai matlamatnya. OMAR BIN ABU BAKAR Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia
4
KANDUNGAN
Sukatan Pelajaran 940 Sejarah
Halaman
Matlamat
1
Objektif
1
Kandungan
Penggal Pertama
3 . 6
Penggal Kedua
7 . 15
Penggal Ketiga
16 . 25
Kerja Kursus (Kerja Projek)
26
Skim Pentaksiran
27 . 28
Pemerihalan Prestasi
29
Glosari
30 . 31
Senarai Rujukan
32 . 34
Kertas Soalan Contoh
Kertas 1
35 . 36
Kertas 2
37 . 38
Kertas 3
39 . 40
Kertas 4
41 . 42
1
SUKATAN PELAJARAN 940 SEJARAH
Matlamat
Matlamat sukatan pelajaran Sejarah peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar tentang disiplin ilmu sejarah sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Sukatan ini juga bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu, mempunyai semangat patriotisme, berfikiran global, dan mendukung serta merealisasikan wawasan pembinaan bangsa Malaysia.
Objektif
Objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar: (a) mengukuhkan kefahaman tentang konsep, pemikiran, dan falsafah sejarah, (b) meningkatkan kefahaman tentang sebab-musabab, kesan, serta kesinambungan dan perubahan peristiwa sejarah, (c) menguasai kemahiran mengumpul, memilih, menilai, dan mentafsir sumber sebagai bukti sejarah, (d) mengembangkan kemahiran insaniah, (e) menganalisis dan merumuskan fakta sejarah secara kritis dan rasional, (f) menghayati kepentingan peristiwa, tokoh, isu, dan perubahan sosial dalam masyarakat, (g) mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah, dan (h) memperteguh rasa tanggungjawab sebagai warganegara yang sanggup berkorban demi kedaulatan negara.
2
Kandungan Sukatan Sukatan pelajaran Sejarah terdiri daripada lima kertas, iaitu Kertas 1: Sejarah Dunia (1500-1955), Kertas 2: Sejarah Islam (500-1918), Kertas 3: Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000), Kertas 4: Kerja Kursus (calon sekolah kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu). Bilangan waktu pengajaran yang dinyatakan dalam sukatan pelajaran ini adalah anggaran sahaja. Satu waktu pengajaran adalah 40 minit. Kertas 1: Sejarah Dunia (1500-1955) Kertas ini memberi tumpuan kepada sejarah Asia, Eropah, dan Amerika Syarikat dari tahun 1500 hingga tahun 1955. Kertas ini mengandungi empat tema, iaitu Masyarakat, Pemerintahan dan Pentadbiran, Kemajuan dan Pembangunan, serta Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa. Kertas 2: Sejarah Islam (500-1918) Kertas ini memberi tumpuan kepada sejarah Islam dari tahun 500 hingga tahun 1918. Kertas ini mengandungi tiga tema, iaitu Masyarakat, Pemerintahan, Pentadbiran, Pertahanan, dan Perhubungan Luar, Pembangunan dan Penerokaan, serta Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa. Kertas 3: Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000) Kertas ini memberi tumpuan kepada perkembangan Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara dari tahun 1800 hingga tahun 2000. Kertas ini mengandungi empat tema, iaitu Masyarakat Tempatan, Transformasi Masyarakat, Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa, serta Pengisian Kemerdekaan. Kertas 4: Kerja Projek (Calon sekolah kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu) Kertas ini memberi tumpuan kepada struktur ilmu sejarah, penyediaan cadangan penyelidikan, inkuiri, penyelidikan, dan penulisan serta pembentangan hasil penyelidikan.
3
Penggal Pertama
Tajuk
Waktu Pengajaran
Masa/Kawasan Kajian
Hasil Pembelajaran
SEJARAH DUNIA (1500-1955)
1 Masyarakat
16
Calon seharusnya dapat menjelaskan bentuk masyarakat dan proses perubahan yang bermula dari masyarakat feudal sehingga masyarakat industri.
1.1 Masyarakat feudal
4
England dan Jepun (abad ke-1617)
Calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan definisi dan ciri-ciri dan susun lapis masyarakat feudal; (b) membandingkan ciri-ciri feudalisme di Eropah dan Asia.
1.2 Masyarakat agraria
4
Belanda dan China (abad ke-1617)
Calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan definisi dan ciri-ciri masyarakat agraria.
1.3 Masyarakat maritim
4
Portugal dan Jepun (abad ke-1617)
Calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan definisi dan ciri-ciri masyarakat maritim.
1.4 Masyarakat industri
4
England dan Jerman (abad ke-1819)
Calon seharusnya dapat: (a) menerangkan definisi dan ciri-ciri masyarakat industri.
2 Pemerintahan dan Pentadbiran 2.1 Institusi pemerintahan
20
Calon seharusnya dapat menjelaskan corak pemerintahan dan pentadbiran bermula daripada pemerintahan beraja kepada sistem demokrasi berparlimen. Calon seharusnya dapat:
2.1.1 Raja/Maharaja
4
China dan Russia (abad ke-1620)
(a) menghuraikan kedudukan dan peranan raja/maharaja dalam pemerintahan;
4
Tajuk
Waktu Pengajaran
Masa/Kawasan Kajian
Hasil Pembelajaran
2.1.2 Pembesar
4
China dan Russia (abad ke-1620)
(b) membandingkan peranan pembesar dalam pemerintahan.
2.2 Negara bangsa 2.2.1 Raja mutlak dan raja berperlembagaan
4
England dan Perancis (abad ke-1618)
Calon seharusnya dapat: (a) membincangkan dan membandingkan sistem pemerintahan beraja mutlak dengan raja berperlembagaan;
2.2.2 Negara kesatuan dan negara persekutuan
4
Perancis dan Amerika Syarikat (abad ke-1819)
(b) membincangkan sistem pemerintahan negara republik dan negara persekutuan;
2.2.3 Penyatuan negara bangsa
4
Itali dan Jerman (abad ke-19)
(c) membincangkan proses penyatuan negara bangsa.
3 Kemajuan dan Pembangunan 3.1 Sistem ekonomi
40
Calon seharusnya dapat menjelaskan perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi, pendidikan, dan intelektual. Calon seharusnya dapat:
3.1.1 Feudalisme dan kapitalisme
(a) menghuraikan sistem ekonomi:
4
Jepun dan China (abad ke-16)
(i) feudalisme di Asia
4
Jerman dan Perancis (abad ke-1618)
(ii) feudalisme di Eropah
4
England dan Amerika Syarikat (abad ke-1819)
(iii) kapitalisme
3.1.2 Perkembangan ekonomi 3.1.2.1 Perdagangan dan perniagaan
(b) membincangkan perubahan orientasi kegiatan dan kemajuan dalam bidang-bidang:
4
Portugal dan Belanda (abad ke-1618)
(i) perdagangan dan perniagaan
3.1.2.2 Pertanian
6
Belanda dan England (abad ke-1718)
(ii) pertanian
5
Tajuk
Waktu Pengajaran
Masa/Kawasan Kajian
Hasil Pembelajaran
3.1.2.3 Perindustrian
4
Jerman dan Jepun (abad ke-1920)
(iii) perindustrian.
3.2 Intelektual
Calon seharusnya dapat:
3.3.1 Perkembangan ilmu
3
England dan Perancis (abad ke-1719)
(a) membincangkan proses perubahan pemikiran dan kemajuan ilmu pengetahuan kesan daripada Renaisans, Reformasi Protestan, Revolusi Sains, dan Gerakan Pencerahan;
3.3.2 Sumbangan tokoh
3
England dan Perancis (abad ke-1819)
(b) menilai idea dan sumbangan tokoh: (i) Charles Louis Montesquieu (ii) Adam Smith (iii) Jean Jacques Rousseau.
3.3 Kemajuan pendidikan
8
Perancis dan Jerman (abad ke-1819)
Calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan proses perubahan pendidikan daripada sistem pendidikan tradisional kepada pendidikan moden.
4 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
44
Calon seharusnya dapat menjelaskan proses, kesan, dan respons masyarakat tempatan terhadap penjajahan dan peranan negara-negara baru merdeka dalam politik antarabangsa.
4.1 Reaksi masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa Barat dan kesan penjajahan Barat
6
China dan India (abad ke-1920)
Calon seharusnya dapat: (a) menganalisis reaksi masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa Barat;
6
Tajuk
Waktu Pengajaran
Masa/Kawasan Kajian
Hasil Pembelajaran
(b) membincangkan transformasi sosial, ekonomi, dan kemunculan intelektual tempatan.
4.2 Konflik antarabangsa
Calon seharusnya dapat memahami punca konflik dalam politik antarabangsa dan dapat:
4.2.1 Perang Dunia Pertama 1914 . 1918
6
Jerman dan Russia (abad ke-20)
(a) membincangkan sebab dan kesan Perang Dunia Pertama;
4.2.2 Perang Dunia Kedua 1942 . 1945
6
Jepun dan Amerika Syarikat (abad ke-20)
(b) menganalisis sebab dan kesan Perang Dunia Kedua;
4.2.3 Perang Dingin 1945 . 1955
6
Russia dan Amerika Syarikat (abad ke-20)
(c) menganalisis sebab dan kesan Perang Dingin.
4.3 Dekolonisasi dan pengembalian kedaulatan
6
China dan India (abad ke-20)
Calon seharusnya dapat: (a) menerangkan langkah-langkah mendapatkan kedaulatan dan dekolonisasi oleh orang tempatan.
4.4 Perhubungan luar
Calon seharusnya dapat: (a) membincangkan kerjasama negara dalam organisasi antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua:
6
Soviet Union dan Amerika Syarikat (abad ke-20)
(i) Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (United Nations)
4
United Kingdom dan India (abad ke-20)
(ii) Komanwel (Commonwealth of Nations)
4
United Kingdom dan Amerika Syarikat (abad ke-20)
(iii) North Atlantic Treaty Organisation (NATO).
7
Penggal Kedua
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
KERJA KURSUS
1 Apa itu Sejarah? 1.1 Konsep dan teori ilmu sejarah
2
Calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan konsep dan teori ilmu sejarah.
2 Kaedah Penyelidikan dan Penulisan Sejarah 2.1 Penyelidikan dalam sejarah
2
Calon seharusnya dapat: (a) mengenal pasti langkah-langkah yang perlu dalam penyelidikan sejarah.
2.2 Sumber sejarah
2
Calon seharusnya dapat: (a) membezakan jenis-jenis sumber;
(b) menggunakan sumber sejarah secara kritis.
2.3 Tafsiran sejarah
2
Calon seharusnya dapat: (a) menilai maklumat dalam sumber-sumber sejarah;
(b) menganalisis kesahan sesuatu tafsiran yang terdahulu;
(c) merekonstruksi peristiwa lalu dengan menggunakan sumber sejarah.
2.4 Penulisan sejarah
2
Calon seharusnya dapat: (a) mengorganisasi maklumat dalam bentuk naratif; (b) memberi penjelasan secara kritis dan imaginatif terhadap perubahan dan kesinambungan dalam kehidupan; (c) membincangkan pelbagai perspektif terhadap sesuatu peristiwa lampau;
(d) membuat sintesis terhadap tafsiran peristiwa lampau dan kaitannya dengan masa kini.
8
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan
3 Penyediaan Cadangan Penyelidikan
Calon seharusnya dapat:
3.1 Tajuk
1
(a) memilih tajuk yang mempunyai makna penting dalam peristiwa sejarah;
3.2 Pengenalan
1
(b) menerangkan idea awal tentang kajian;
3.3 Objektif
1
(c) menyatakan tujuan kajian;
3.4 Permasalahan kajian
1
(d) mengenal pasti persoalan yang perlu dijawab oleh kajian;
3.5 Skop kajian
1
(e) menentukan tempoh, kawasan, dan isu yang dikaji;
3.6 Sorotan kajian lepas
1
(f) membincangkan tulisan yang sedia ada berkaitan dengan tajuk yang dipilih;
3 hingga 5 buah buku sahaja
3.7 Kaedah kajian
1
(g) memilih kaedah yang sesuai untuk mengumpul bahan seperti kajian perpustakaan, kerja lapangan, dan temu bual;
3.8 Pembahagian struktur esei
1
(h) mengorganisasi persembahan dan isi penulisan kajian;
3.9 Penutup
1
(i) membuat rumusan dan kesimpulan tentang kajian;
3.10 Bibliografi
1
(j) menyenaraikan sumber rujukan yang digunakan.
Sekurang-kurangnya 5 sumber rujukan
4 Penyelidikan Bahan 4.1 Mengenal pasti bahan
20
Calon seharusnya dapat: (a) menyenaraikan sumber yang sesuai dan berkaitan dengan tajuk;
Dikendalikan oleh sekolah
4.2 Mencari dan mengumpul bahan
(b) mengumpul sumber yang sesuai dan berkaitan dengan tajuk yang dipilih daripada sumber internet, arkib, temu bual, dan perpustakaan;
4.3 Menyaring bahan
(c) mengumpul maklumat yang relevan dengan tajuk.
9
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan
5 Penulisan Hasil Penyelidikan
Sepanjang penggal kedua
Calon seharusnya dapat: (a) Menghasilkan esei dan membentangkan esei.
Dikendalikan oleh sekolah
10
Tajuk
Waktu Pengajaran
Masa/Kawasan Kajian
Hasil Pembelajaran
SEJARAH ISLAM (500 . 1918)
1 Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan, dan Perhubungan Luar
38
Calon seharusnya dapat menjelaskan perubahan masyarakat, sistem pemerintahan, dan hubungannya dengan dunia luar.
1.1 Masyarakat jahiliah
2
Semenanjung Tanah Arab (abad ke-6)
Calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan konsep dan struktur masyarakat jahiliah.
1.2 Masyarakat Islam
4
Nabi Muhammad SAW dan Khalifah al-Rasyidin di Semenanjung Tanah Arab (abad ke-67)
Calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan konsep ummah; (b) membincangkan perkembangan masyarakat Islam.
1.3 Sistem pemerintahan
3
Nabi Muhammad SAW (abad ke-7)
Calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan kandungan dan peranan Piagam Madinah; (b) memerihalkan struktur pemerintahan di Madinah.
1.4 Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW
2
Nabi Muhammad SAW (abad ke-7)
Calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan ciri-ciri kepemimpinan Nabi Muhammad SAW.
1.5 Institusi khalifah 1.5.1 Pemilihan khalifah
2
Khalifah al-Rasyidin dan Umayyah (abad ke-78)
Calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan konsep dan ciri-ciri khalifah; (b) membincangkan kaedah pemilihan khalifah;
11
Tajuk
Waktu Pengajaran
Masa/Kawasan Kajian
Hasil Pembelajaran
1.5.2 Sumbangan khalifah/ tokoh
4
Khalifah al-Rasyidin, Umayyah (abad ke-78), dan Abbasiyah (abad ke-89)
(c) menilai sumbangan khalifah/tokoh: (i) Khalifah Abu Bakar (ii) Khalifah Umar al-Khattab (iii) Khalifah Umar Abdul Aziz (iv) Khalifah Harun al-Rasyid
1.6 Bentuk pemerintahan 1.6.1 Pemerintahan pusat dan wilayah
4
Khalifah al-Rasyidin (abad ke-7) Khalifah Uthmaniyah (abad ke-1617)
Calon seharusnya dapat: (a) membincangkan struktur pemerintahan dan pentadbiran pusat dan wilayah;
1.6.2 Pemerintahan pusat dan wilayah
4
Andalusia (abad ke-13) India (abad ke-1617)
(b) menjelaskan sistem pemerintahan raja/sultan dan amir.
1.7 Pertahanan dan pembukaan wilayah 1.7.1 Jihad
2
Nabi Muhammad SAW Khalifah al-Rasyidin (abad ke-7)
Calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan pengertian jihad;
1.7.2 Peperangan
3
Nabi Muhammad SAW Khalifah al-Rasyidin (abad ke-7)
(b) menghuraikan etika dan strategi peperangan;
1.7.3 Kepemimpinan
2
Mesir (abad ke-12) Khalifah Uthmaniyah (abad ke-15)
(c) menilai kepemimpinan dan sumbangan tokoh: (i) Salehuddin al-Ayyubi (ii) Sultan Muhammad al-Fatih
12
Tajuk
Waktu Pengajaran
Masa/Kawasan Kajian
Hasil Pembelajaran
1.8 Perhubungan luar 1.8.1 Diplomatik
2
Nabi Muhammad SAW dan Khalifah al-Rasyidin (abad ke-7)
Calon seharusnya dapat: (a) membincangkan bentuk perhubungan luar: (i) diplomatik
1.8.2 Naungan
2
Khalifah al-Rasyidin dan Khalifah Umayyah (abad ke-78)
(ii) naungan melalui pembayaran Jizyah
1.8.3 Perjanjian
2
Khalifah Abbasiyah (abad ke-913) Khalifah Uthmaniyah (abad ke-1719)
(iii) perjanjian
2 Pembangunan dan Penerokaan
24
Calon seharusnya dapat menjelaskan perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi, kebudayaan, dan penerokaan.
2.1 Ekonomi 2.1.1 Sistem ekonomi
4
Nabi Muhammad SAW (abad ke-7)
Calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan konsep dan ciri-ciri sistem ekonomi;
Abbasiyah (abad ke-1112) Kesultanan Melaka (abad ke-15)
(b) membincangkan kegiatan ekonomi;
2.1.2 Institusi ekonomi
3
Khalifah al-Rasyidin (abad ke-78) Khalifah Abbasiyah (abad ke-911)
(c) menganalisis peranan institusi ekonomi dan pelaksanaannya: (i) baitulmal (ii) cukai (iii) zakat
13
Tajuk
Waktu Pengajaran
Masa/Kawasan Kajian
Hasil Pembelajaran
2.2 Pendidikan 2.2.1 Falsafah pendidikan Islam
1
Khalifah Umayyah (abad ke-78) Khalifah Abbasiyah (abad ke-1112)
Calon seharusnya dapat: (a) membincangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan Islam;
2.2.2 Perkembangan pendidikan
4
Mesir (abad ke-8) Acheh (abad ke-1617)
(b) menjelaskan jenis institusi pendidikan: (i) halaqah (ii) masjid/surau (iii) pondok/ madrasah (iv) istana (v) universiti. (c) menghuraikan sistem pendidikan: (i) pendidikan fardu ain dan fardu kifayah (ii) kaedah pengajaran dan pembelajaran.
2.3 Perkembangan intelektual 2.3.1 Perkembangan ilmu
2
Khalifah Abbasiyah (abad ke-1113) Khalifah Umayyah di Andalusia (abad ke-1113)
Calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan perkembangan ilmu naqli dan aqli;
2.3.2 Sumbangan tokoh
5
Khalifah Abbasiyah (abad ke-813) Mesir (abad ke-15)
(b) menilai sumbangan tokoh: (i) al-Khwarizmi (ii) Ibn Sina (iii) al-Ghazali (iv) Ibn Khaldun.
14
Tajuk
Waktu Pengajaran
Masa/Kawasan Kajian
Hasil Pembelajaran
2.4 Penerokaan
3
Khalifah Umayyah (abad ke-78), Abbasiyah (abad ke-913), dan Andalusia (abad ke-14)
Calon seharusnya dapat: (a) menilai sumbangan tokoh: (i) al-Mas.udi (ii) Ibn Majid (iii) Ibn Battutah
2.5 Seni bina
2
Andalusia (abad ke-13) India (abad ke-1617)
Calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan ciri-ciri seni bina.
3 Nasionalisme dan Pembentukkan Negara Bangsa 3.1 Peluasan kuasa Barat
18 2
Khalifah Uthmaniyah (abad ke-1820)
Calon seharusnya dapat menjelaskan proses, kesan, dan respons masyarakat tempatan terhadap penjajahan dan penubuhan negara bangsa. Calon seharusnya dapat: (a) membincangkan faktor-faktor peluasan kuasa Barat.
3.2 Reaksi masyarakat tempatan
4
Mesir dan Algeria (abad ke-1920)
Calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan reaksi masyarakat tempatan.
3.3 Gerakan nasionalisme
4
Mesir dan Syria (abad ke-20)
Calon seharusnya dapat: (a) menerangkan faktor kemunculan gerakan nasionalisme: (i) pengaruh agama (ii) peranan bahasa dan kesusasteraan (iii) pengaruh kewartawanan (iv) peranan pendidikan (v) peranan golongan intelektual (vi) pengaruh luar
15
Tajuk
Waktu Pengajaran
Masa/Kawasan Kajian
Hasil Pembelajaran
3.4 Perang Dunia Pertama
4
Khalifah Uthmaniyah (abad ke-20)
Calon seharusnya dapat: (a) membincangkan penglibatan Khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.
3.5 Pembentukan negara bangsa
4
Turki dan Mesir (abad ke-20)
Calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan faktor-faktor pembentukan negara bangsa.
16
Penggal Ketiga
Tajuk
Waktu Pengajaran
Masa
Hasil Pembelajaran
SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA (1800-2000)
BAHAGIAN A: SEJARAH MALAYSIA
1 Masyarakat 1.1 Institusi pemerintahan 1.1.1 Raja
11 1
Abad ke-19
Calon seharusnya dapat menjelaskan corak kehidupan tradisional masyarakat pribumi dari segi politik, sosial dan ekonomi Calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan konsep dan peranan raja;
1.1.2 Pembesar
1
Abad ke-19
(b) menghuraikan konsep, hierarki, dan peranan pembesar.
1.2 Hukum adat dan undang-undang 1.2.1 Hukum adat
2
Abad ke-19
Calon seharusnya dapat: (a) menerangkan bentuk dan pelaksanaan: (i) Adat Perpatih (ii) Adat Temenggung
1.2.2 Undang -undang
2
Abad ke-19
(b) menghuraikan prinsip-prinsip umum: (i) Undang-Undang 99 Perak (ii) Undang-Undang Tubuh Johor
1.3 Sistem sosial
2
Abad ke-19
Calon seharusnya dapat: (a) menerangkan konsep dan susun lapis masyarakat.
1.4 Sistem ekonomi
3
Abad ke-19
Calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan ciri-ciri ekonomi tradisional;
(b) menerangkan ciri-ciri ekonomi komersial.
17
Tajuk
Waktu Pengajaran
Masa
Hasil Pembelajaran
2 Transformasi Masyarakat
12
Calon seharusnya dapat menjelaskan transformasi masyarakat dan respons masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat.
2.1 Peluasan kuasa asing
2
Abad ke-1920
Calon seharusnya dapat: (a) membincangkan faktor dan cara peluasan kuasa asing di Negeri-negeri Melayu, Sabah, dan Sarawak.
2.2 Penentangan terhadap kuasa asing
2
Abad ke-1920
Calon seharusnya dapat: (a) menilai sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa asing di Negeri-negeri Melayu, Sabah, dan Sarawak.
2.3 Pengubahsuaian dalam pentadbiran, ekonomi, dan pendidikan
2
Abad ke-1920
Calon seharusnya dapat: (a) menerangkan perubahan pentadbiran di Negeri-negeri Melayu, Sabah, dan Sarawak;
2
(b) menghuraikan perubahan perkembangan ekonomi di Negeri-negeri Melayu, Sabah, dan Sarawak;
2
(c) menjelaskan perubahan sistem pendidikan di Negeri-negeri Melayu, Sabah, dan Sarawak.
2.4 Masyarakat pelbagai kaum
2
Abad ke-1920
Calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan perkembangan masyarakat pelbagai kaum di Negeri-negeri Melayu, Sabah, dan Sarawak.
18
Tajuk
Waktu Pengajaran
Masa
Hasil Pembelajaran
3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
15
Calon seharusnya dapat menjelaskan perkembangan kesedaran kebangsaan dan proses pembinaan negara bangsa.
3.1 Gerakan nasionalisme 3.1.1 Faktor kemunculan
2
Abad ke-20
Calon seharusnya dapat: (a) membincangkan faktor-faktor kemunculan nasionalisme: (i) pengaruh agama Islam (ii) peranan bahasa dan kesusasteraan (iii) pengaruh kewartawanan (iv) peranan pendidikan (v) peranan golongan intelektual (vi) pengaruh luar
3.1.2 Gerakan, persatuan, kelab, dan kesatuan yang berkaitan dengan agama, ekonomi, sosial, dan politik
2
Abad ke-20
(b) membincangkan sebab penubuhan dan matlamat gerakan, persatuan, kelab, dan kesatuan yang mendukung gerakan nasionalisme: (i) Gerakan Islah/ Islamiah (ii) Persatuan dan kelab Negeri-negeri Melayu (iii) Kesatuan Melayu Muda
3.2 Perjuangan mencapai kemerdekaan
Calon seharusnya dapat:
3.2.1 Pendudukan Jepun 1941-1945
2
Abad ke-20
(a) menghuraikan dasar dan kesan pendudukan Jepun ke atas gerakan mencapai kemerdekaan;
19
Tajuk
Waktu Pengajaran
Masa
Hasil Pembelajaran
3.2.2 Perjuangan secara berperlembagaan 1946-1960
5
Abad ke-20
(b) menilai penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union; (c) menjelaskan Gerakan Anti-Penyerahan di Sarawak; (d) membincangkan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948; (e) menggalurkan perkembangan perlembagaan di Sabah dan Sarawak; (f) menghuraikan langkah-langkah mengatasi ancaman Parti Komunis Malaya;
3.2.3 Kemerdekaan
4
Abad ke-20
(g) menganalisis langkah-langkah mencapai kemerdekaan; (h) membincangkan faktor-faktor pembentukan Malaysia; (i) membincangkan reaksi dalam dan luar negara terhadap pembentukan Malaysia; (j) membincangkan isi-isi Perjanjian Malaysia 1963.
4 Pengisian Kemerdekaan
22
Calon seharusnya dapat menjelaskan bentuk negara bangsa merdeka, proses perkembangan dan kemajuan, dan peranannya dalam politik antarabangsa.
4.1 Sistem pemerintahan
3
Abad ke-20
Calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan bentuk pemerintahan: (i) Persekutuan (ii) Raja Berperlembagaan (iii) Demokrasi Berparlimen
20
Tajuk
Waktu Pengajaran
Masa
Hasil Pembelajaran
4.2 Pembinaan negara bangsa
Calon seharusnya dapat:
4.2.1 Pembangunan sosial
5
Abad ke-20
(a) menjelaskan usaha-usaha ke arah pembangunan sosial: (i) Bahasa Kebangsaan (ii) Dasar Pendidikan Kebangsaan (iii) Dasar Kebudayaan Kebangsaan (iv) Rukun Negara
4.2.2 Pembangunan ekonomi
8
(b) menganalisis usaha-usaha ke arah pembangunan ekonomi: (i) Dasar Pembangunan Luar Bandar (ii) Dasar Ekonomi Baru (DEB) (iii) Dasar Pembangunan Nasional (DPN): . Dasar Perindustrian Negara . Dasar Pertanian Negara
(c) menilai sumbangan tokoh: (i) Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (ii) Tun Abdul Razak bin Dato. Hussein (iii) Tun Hussein bin Onn (iv) Tun Dr Mahathir bin Mohamad
4.3 Wawasan 2020
2
Abad ke-20
Calon seharusnya dapat: (a) menerangkan cabaran dan hala tuju negara.
21
Tajuk
Waktu Pengajaran
Masa
Hasil Pembelajaran
4.4 Perhubungan luar
4
Abad ke-20
Calon seharusnya dapat: (a) mengenal pasti asas-asas dasar luar negara;
(b) membincangkan penglibatan Malaysia dalam organisasi antarabangsa: (i) Komanwel (Commonwealth of Nations) (ii) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) (iii) Association of South East Asian Nations (ASEAN) (iv) Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) (v) Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
22
Tajuk
Waktu Pengajaran
Masa/Kawasan Kajian
Hasil Pembelajaran
BAHAGIAN B: SEJARAH ASIA TENGGARA
1 Masyarakat 1.1 Institusi pemerintahan 1.1.1 Raja
12 2
Vietnam dan Thailand (Abad ke-19)
Calon seharusnya dapat menjelaskan corak kehidupan tradisional masyarakat pribumi dari segi politik, sosial, dan ekonomi. Calon seharusnya dapat: (a) memerihalkan konsep dan peranan raja;
1.1.2 Pembesar
2
Vietnam dan Thailand (Abad ke-19)
(b) memerihalkan konsep, hierarki dan peranan pembesar.
1.2 Sistem sosial
2
Vietnam dan Indonesia (Abad ke-19)
Calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan konsep dan susun lapis masyarakat.
1.3 Sistem ekonomi
6
Vietnam dan Indonesia (Abad ke-19)
Calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan ciri-ciri ekonomi tradisional; (b) menerangkan ciri-ciri ekonomi komersial.
2 Transformasi Masyarakat
11
Calon seharusnya dapat menjelaskan transformasi masyarakat dan respons masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat.
2.1 Peluasan kuasa asing
2
Indonesia dan Myanmar (Abad ke-19)
Calon seharusnya dapat: (a) membincangkan faktor dan cara peluasan kuasa asing.
2.2 Penentangan terhadap kuasa asing
4
Indonesia dan Myanmar (Abad ke-19)
Calon seharusnya dapat: (a) menganalisis sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa asing;
(b) menilai peranan tokoh: (i) Diponegoro (ii) Thibaw
23
Tajuk
Waktu Pengajaran
Masa/Kawasan Kajian
Hasil Pembelajaran
2.3 Pengubahsuaian dalam pentadbiran, ekonomi, dan pendidikan
5
Indonesia dan Myanmar (Abad ke-19)
Calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan kesan penjajahan asing terhadap pentadbiran tempatan;
(b) membincangkan perkembangan ekonomi;
(c) membincangkan perkembangan pendidikan.
3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
16
Calon seharusnya dapat menjelaskan perkembangan kesedaran kebangsaan dan proses pembinaan negara bangsa.
3.1 Gerakan nasionalisme 3.1.1 Faktor kemunculan
4
Indonesia dan Myanmar (Abad ke-19)
Calon seharusnya dapat: (a) menganalisis faktor-faktor kemunculan nasionalisme: (i) pengaruh agama (ii) peranan bahasa dan kesusasteraan (iii) pengaruh kewartawanan (iv) peranan pendidikan (v) peranan golongan intelektual (vi) pengaruh luar
3.1.2 Parti politik dan persatuan
4
Indonesia dan Myanmar (Abad ke-19)
(b) menerangkan sebab penubuhan dan matlamat pesatuan dan parti politik yang mendukung gerakan nasionalisme: (i) Sarekat Islam (ii) Partai Nasional Indonesia (iii) Young Men Buddhist Association (YMBA) (iv) Poor Man¡¯s Party
24
Tajuk
Waktu Pengajaran
Masa/Kawasan Kajian
Hasil Pembelajaran
3.2 Perjuangan mencapai kemerdekaan
Calon seharusnya dapat:
3.2.1 Pendudukan Jepun 1941-1945
2
Myanmar dan Indonesia (Abad ke-20)
(a) menghuraikan dasar dan kesan pendudukan Jepun ke atas perjuang mencapai kemerdekaan;
3.2.2 Perjuangan secara berperlembagaan dan bersenjata
2
Myanmar dan Indonesia (Abad ke-20)
(b) menilai penentangan rakyat terhadap penjajah secara berperlembagaan;
(c) menggalurkan penentangan rakyat secara bersenjata;
3.2.3 Kemerdekaan
4
Myanmar dan Indonesia (Abad ke-20)
(d) menghuraikan langkah-langkah mencapai kemerdekaan.
4 Pengisian Kemerdekaan
21
Calon seharusnya dapat menjelaskan bentuk negara bangsa merdeka, proses perkembangan dan kemajuan, dan peranannya dalam politik serantau.
4.1 Sistem pemerintahan
6
Filipina dan Thailand (Abad ke-20)
Calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan bentuk pemerintahan: (i) Republik (ii) Raja Berperlembagaan (iii) Demokrasi Berparlimen
4.2 Pembangunan
Calon seharusnya dapat:
4.2.1 Pembangunan ekonomi
3
Filipina dan Thailand (Abad ke-20)
(a) menjelaskan dasar-dasar ekonomi negara.
4.3 Pembinaan negara bangsa 4.3.1 Bentuk pemerintahan
6
Filipina dan Thailand (Abad ke-20)
Calon seharusnya dapat: (a) menerangkan sistem pemerintahan yang menuju ke arah pembinaan negara bangsa: (i) demokrasi (ii) ketenteraan
25
Tajuk
Waktu Pengajaran
Masa/Kawasan Kajian
Hasil Pembelajaran
4.3.2 Sumbangan tokoh
2
Filipina dan Thailand (Abad ke-20)
(b) menilai sumbangan tokoh: (i) Macapagal (ii) Phibun Songkram
4.4 Perhubungan luar 4.4.1 Penglibatan dalam organisasi antarabangsa
4
Filipina dan Thailand (Abad ke-20)
Calon seharusnya dapat: (a) membincangkan penglibatan negara dalam organisasi antarabangsa: (i) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) (ii) South East Asia Treaty Organisation (SEATO) (iii) Association of South East Asian Nations (ASEAN)
26
Kerja Kursus (Kerja Projek) 1 Pengenalan Kerja kursus bagi mata pelajaran Sejarah STPM (940) merupakan satu daripada komponen sukatan pelajaran Sejarah STPM. Setiap calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu wajib melaksanakan tugasan kerja projek yang melibatkan penyelidikan sejarah berdasarkan tajuk pilihan mereka sendiri. Kerja projek adalah satu daripada komponen pentaksiran untuk penggal kedua. Wajaran markah bagi komponen kerja projek ini adalah sebanyak 20%. Pada akhir kerja projek calon mesti membentangkan esei penyelidikan. Panjang esei tersebut adalah kira-kira 2500 hingga 3000 patah perkataan, tidak termasuk nota kaki, jadual, rajah, graf, dan bibliografi. Panduan dan arahan tugasan kerja projek akan diberikan melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my. 2 Objektif Kerja projek ini dilaksanakan untuk membolehkan calon: (a) memperoleh kemahiran mengumpul, memilih, menilai, dan mentafsir sumber sebagai bukti sejarah; (b) mengembangkan kemahiran insaniah; (c) menganalisis dan merumuskan fakta sejarah secara kritis dan rasional; (d) menghayati kepentingan peristiwa , tokoh, isu, dan perubahan sosial dalam masyarakat. 3 Tema kajian Calon dikehendaki memilih satu tajuk berdasarkan dua tema yang dikenalpasti pada tahun berkenaan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia. Tema-tema tersebut adalah daripada senarai di bawah: (a) Sejarah ekonomi (b) Sejarah kehakiman dan perundangan (c) Sejarah ketenteraan (d) Sejarah kulinari dan makanan (e) Sejarah kumpulan etnik/kaum/klan/suku kaum (f) Sejarah pendidikan (g) Sejarah perubatan dan kesihatan (h) Sejarah politik (i) Sejarah sains dan teknologi (j) Sejarah seni dan kebudayaan (k) Sejarah sukan (l) Sejarah tempat (m) Sejarah tokoh Calon boleh memilih mana-mana tajuk daripada kajian Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Sejarah Islam, dan Sejarah Dunia bermula dari 500 Masihi sehingga 2000 Masihi. Pemilihan tajuk tidak terikat dengan kandungan yang telah dipelajari dalam sukatan pelajaran Sejarah STPM.
27
Skim Pentaksiran
Peperiksaan bagi mata pelajaran ini terdiri daripada empat kertas, iaitu Kertas 1, Kertas 2, Kertas 3, dan Kertas 4. Semua jenis calon dikehendaki mengambil Kertas 1 hingga Kertas 4. Bagi semua jenis calon, Kertas 1 diambil pada Penggal Pertama, Kertas 2 dan Kertas 4 pada Penggal Kedua dan Kertas 3 pada Penggal Ketiga. Kertas 1 dan Kertas 2 boleh diulang pada Penggal Ketiga. Peperiksaan bagi setiap kertas akan diadakan pada hujung penggal.
1. Kertas 940/1 (Sejarah Dunia, 1500 hingga 1955)
1.1 Sebanyak enam soalan akan dikemukakan dan calon dikehendaki menjawab empat soalan sahaja. 1.2 Markah bagi setiap soalan adalah 20 markah. 1.3 Masa yang diperuntukkan ialah 2 jam. 1.4 Markah penuh yang diperuntukkan ialah 80 markah. 1.5 Kertas ini mempunyai wajaran 26.67%.
2. Kertas 940/2 (Sejarah Islam, 500 hingga 1918)
2.1 Sebanyak enam soalan akan dikemukakan dan calon dikehendaki menjawab tiga soalan sahaja. 2.2 Markah bagi setiap soalan adalah 20 markah. 2.3 Masa yang diperuntukkan ialah 1¨ö jam. 2.4 Markah penuh yang diperuntukkan ialah 60 markah. 2.5 Kertas ini mempunyai wajaran 26.67%.
3. Kertas 940/3 (Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara, 1800 hingga 2000)
3.1 Kertas ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A (Sejarah Malaysia) dan Bahagian B (Sejarah Asia Tenggara). 3.2 Sebanyak enam soalan akan dikemukakan, iaitu tiga soalan daripada Bahagian A (Sejarah Malaysia) dan tiga soalan daripada Bahagian B (Sejarah Asia Tenggara). Calon dikehendaki menjawab empat soalan sahaja, iaitu dua daripada Bahagian A dan dua daripada Bahagian B. 3.3 Markah bagi setiap soalan adalah 20 markah. 3.4 Masa yang diperuntukkan ialah 2 jam. 3.5 Markah penuh yang diperuntukkan ialah 80 markah. 3.6 Kertas ini mempunyai wajaran 26.67%. 4. Kertas 940/4 (Kerja Projek Sejarah) 4.1 Kerja projek ini akan dijalankan pada awal Penggal Kedua. 4.2 Kerja projek ini adalah wajib bagi calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu. 4.3 Pentaksiran kerja projek ini akan dijalankan oleh guru sekolah. 4.4 Markah penuh ialah 55 markah. 4.5 Wajaran markah ialah 20%.
28
Skim Pentaksiran
* Soalan-soalan boleh dibina berdasarkan kepada tema dan tidak terhad kepada hasil pembelajaran sahaja.
Penggal Pengajian
Kod dan Nama Kertas
Jenis Ujian
Markah (Wajaran)
Masa
Pentadbiran
Penggal Pertama
940/1 Sejarah 1
Ujian Bertulis Soalan esei* 6 soalan diberikan Jawab 4 soalan daripada 6 soalan
80 (26.67%)
2 jam
Pentaksiran berpusat
Penggal Kedua
940/2 Sejarah 2
Ujian Bertulis Soalan esei* 6 soalan diberikan Jawab 3 soalan daripada 6 soalan
60 (26.67%)
1¨ö jam
Pentaksiran berpusat
940/4 Sejarah 4
Kerja Kursus (Kerja Projek) Pilih satu tema daripada dua tema yang diberikan dan hasilkan satu tugasan daripada tema yang dipilih
55 (20%)
Sepanjang penggal kedua
Pentaksiran berasaskan sekolah bagi calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan
Pentaksiran oleh pemeriksa yang dilantik bagi calon sekolah swasta dan calon persendirian individu
Penggal Ketiga
940/3 Sejarah 3
Ujian Bertulis Soalan esei* 6 soalan diberikan Jawab 4 soalan daripada 6 soalan
80 (26.67%)
2 jam
Pentaksiran berpusat
29
Pemerihalan Prestasi Gred A Calon mengingat semula, memilih, dan menggunakan pengetahuan sejarah yang relevan dan tepat untuk menyokong hujah yang koheren dan logik. Calon menyampaikan idea dengan cara yang jelas dan koheren menggunakan istilah Sejarah yang bersesuaian. Calon menunjukkan pemahaman tentang kompleksiti konsep sejarah, membezakan dengan jelas antara sebab dan akibat, perubahan dan kesinambungan, persamaan dan perbezaan dengan menggunakan keterangan/bukti sejarah yang tepat dan relevan. Calon menunjukkan pemahaman tentang individu dan masyarakat masa silam; memahami kepentingan motif individu yang terlibat. Calon menggunakan, menilai dan menginterpretasi sumber sejarah sebagai bukti, mengenal pasti dengan tepatnya kekangan sumber tertentu, membanding dan membezakan pelbagai sumber serta membuat kesimpulan yang jelas dan logik. Gred C Calon mengingat dan memilih pengetahuan sejarah yang relevan untuk menyokong hujah yang logik. Calon menyampaikan idea secara jelas dan koheren dengan menggunakan istilah sejarah yang bersesuaian. Calon membezakan antara sebab dan akibat, perubahan dan kesinambungan serta persamaan, dan perbezaan dengan menggunakan bukti yang tepat tetapi terhad. Calon menunjukkan pemahaman tentang individu dan masyarakat masa silam. Calon menggunakan, menilai dan menginterpretasi sumber sejarah sebagai bukti, menunjukkan kekangan sumber tertentu, membanding, dan membezakan pelbagai sumber serta membuat kesimpulan yang koheren.
30
Glosari
Bil.
Istilah
Huraian istilah
1
Baitulmal
Institusi perbendaharaan dalam negara Islam.
2
Dekolonisasi
Langkah membebaskan tanah jajahan menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
3
Fardu .ain
Ilmu dan amalan yang diwajibkan kepada setiap orang Islam.
4
Fardu kifayah
Ilmu dan amalan yang diwajibkan ke atas semua umat Islam tetapi tanggungjawab itu terlepas jika sebahagian daripada mereka telah melakukannya.
5
Gerakan
Suatu kegiatan secara berkumpulan atau massa dalam memperjuangkan sesuatu idealisme.
6
Halaqah
Bentuk pendidikan yang tidak formal secara berkumpulan.
7
Ilmu aqli
Ilmu yang berasaskan keupayaan dan rasionalisasi akal.
8
Ilmu naqli
Ilmu yang berasaskan al-Quran dan hadis.
9
Jihad
Usaha-usaha yang dilakukan untuk mempertahankan Islam.
10
Jizyah
Sejenis cukai yang dikenakan kepada penduduk bukan Islam dalam negara Islam.
11
Kapitalisme
Sistem ekonomi yang berteraskan pengeluaran melalui penggunaan modal persendirian dan tenaga buruh bebas dengan mengutamakan keuntungan maksimum.
12
Khalifah
Ketua yang dipilih untuk memimpin masyarakat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.
13
Madrasah
Institusi pendidikan formal dalam masyarakat Islam.
14
Masyarakat agraria
Masyarakat yang kegiatan dan pengeluaran ekonominya bertumpu kepada pertanian.
15
Masyarakat berbilang kaum
Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum atau masyarakat majmuk.
16
Masyarakat feudal
Masyarakat berhierarki. Kedudukan, kuasa, dan status setiap lapisan ditentukan melalui penguasaan ke atas tanah.
17
Masyarakat industri
Masyarakat yang kegiatan ekonominya berteraskan perindustrian.
18
Masyarakat jahiliah
Masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab sebelum kedatangan Islam.
19
Masyarakat maritim
Masyarakat yang kegiatan ekonominya berpusatkan kelautan dan pusat pemerintahannya bertapak di kawasan pesisir.
31
Bil.
Istilah
Huraian istilah
20
Nasionalisme
Ikatan perasaan dalam kalangan kelompok yang mewarisi sejarah, budaya, dan bahasa yang dikongsi bersama yang menjadi asas kepada gerakan kebangsaan.
21
Negara bangsa
Sebuah komuniti politik dengan pemerintahnya memegang keabsahan atau legitimasi sebagai wakil bangsa.
22
Pendidikan humanisitik
Bentuk pendidikan yang menekankan isu-isu yang berkaitan dengan kemanusiaan.
23
Pendidikan skolastik
Bentuk pendidikan di Eropah pada zaman pertengahan yang berpusatkan kepada teologi Kristian.
24
Perang Dingin
Ketegangan politik dan persaingan kuasa serta ketenteraan di antara Amerika Syarikat dan Soviet Union selepas Perang Dunia Kedua.
25
Raja Berperlembagaan
Sistem pemerintahan beraja yang dikawal oleh perlembagaan dan kuasa Raja tertakluk kepada peruntukan yang termaktub di dalam perlembagaan yang diamalkan.
26
Raja mutlak
Raja yang mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas pemerintahan negeri dan rakyat.
27
Zakat
Sejenis cukai yang diwajibkan kepada orang Islam setelah mencukupi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
32
Senarai Rujukan Senarai di bawah ini adalah cadangan bahan-bahan rujukan yang boleh digunakan oleh guru dan calon. Guru dan calon juga boleh menggunakan bahan-bahan rujukan lain yang tidak tersenarai di bawah. Kertas 1: Sejarah Dunia (1500-1955) 1. Abdullah Zakaria dan Zulkanain Abdul Rahman, 2008. Konflik Dunia Abad Ke-20. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Davies, N., 1998. Europe: A History A Panorama of Europe, East and West From the Ice Age To The Cold War. New York: Harper Perennial. 3. Palmer, R.R. dan Colton,J., 1994. A History of the Modern World. Edisi ke-8. New York: McGraw-Hill Companies. 4. Qasim Ahmad, 1994. Eropah Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Rajendran, M., 1988. Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku. 6. Shakila Yaacob, 2005. Sejarah Amerika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 7. Sivachandralingam Sundara Raja, 2005. Sejarah Perdagangan Bebas. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 8. Stein, B., 1998. A History of India. London: Blackwell Publication. 9. Suffian Mansor, 2003. Tamadun Cina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 10. Zulkanain Abdul Rahman, 2002. Tamadun Rusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kertas 2: Sejarah Islam, 500-1918
11. Abdul Rauh Yaacob, 1994. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 12. Abdul Rahman Hj. Abdullah, 1989. Islam dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional. Kuala Lumpur: Penerbitan Pena Sdn. Bhd. 13. Esposito, J.L., (edition), 1999. The Oxford History of Islam. London: Oxford University Press. 14. Lewis, B., 2001. The Shaping of Modern Middle East. New York: Oxford University Press. 15. Mahayudin Haji Yahaya dan Ahmad Jelani Halimi, 1995. Sejarah Islam. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. 16. Mahayudin Haji Yahaya, 1990. Islam di Sepanyol dan Sicily. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 17. Mahayudin Haji Yahaya, 2005. Tamadun Islam. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. 18. Mahmood Zuhdi Abdul Majid, 2003. Tokoh-tokoh Kesarjanaan Sains Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
33
19. Mohammad Redzuan Othman, 1994. Afrika Utara dan Timur Tengah Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 20. Muhammad Husain Haykal, 1981. Sejarah Hidup Nabi Muhammad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kertas 3: Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara, 1800-2000 21. Abdullah Zakaria, 1997. Pasir Salak: Pusat Gerakan Menentang British di Perak. Ipoh: Yayasan Perak. 22. Azlizan Mat Enh, 2011. Sejarah Diplomatik: Esei-esei Penghargaan Kepada Prof. Dato¡¯ Dr. Nik Anuar Nik Mahmud. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 23. Abu Talib Ahmad, 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 24. Andaya, B. W. dan Leonard Y., 1992. A History of Malaysia. London: Macmillan. 25. Brown, I. ,1997. Economic Changes in Southeast Asia, c.1830-1980. Kuala Lumpur: Oxford University Press. 26. D.J.M Tate, 1980. Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Perubahan Ekonomi dan Sosial, Jilid ke-2. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. 27. Kobkua Suwannathat-Pian, 1991. Sejarah Thai Zaman Bangkok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 28. Mohamed Noordin Sopiee, 2005. From Malayan Union To Singapore Separation 1945-1965. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. 29. Nik Anuar Nik Mahmud, Muhammad Haji Salleh dan Abd. Ghapa Harun, 2011. Biografi Tun Abdul Razak: Negarawan dan Patriot. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 30. Ramlah Adam, 2005. Tunku Abdul Rahman Satu Biografi Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kertas 4: Kerja Kursus 31. Benjamin Jules R., 1998. A Student¡¯s Guide to History. Boston: Bedford Books. 32. Black, J. dan MacRaild, D. M., 2000. Studying History, Edisi ke-2. London: Macmillan Press Ltd. 33. Geddes, John A., 1965. How To Study History. New York: Vantage Press. 34. Ishak Saat, 2010. Penulisan Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd. 35. Kuntowijoyo, 2001. Pengantar Ilmu Sejarah. Jakarta: Yayasan Bentang Budaya. 36. McCoy, F.N., 1974. Researching and Writing in History. London: University of California Press. 37. Pace, D. dan Pugh, S.L., 1996. Studying for History. New York: Harper Collins College Publishers.
34
38. Satish K.Bajaj, 2000. Research Methodology in History. New Delhi: Ammol Publications Ltd. 39. Sivachandralingam Sundara Raja, 2001. Pemikiran dan Penulisan Ilmiah. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd. 40. Sivachandralingam Sundara Raja dan Noraini Mohamed Hassan, 2008. Panduan Menulis Esei dan Latihan Ilmiah di Institusi Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah Universiti Malaya.
35
KERTAS SOALAN CONTOH 940/1 STPM SEJARAH SEJARAH DUNIA (1500-1955) KERTAS 1 (Dua jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab empat soalan sahaja. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]. Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak. Majlis Peperiksaan Malaysia STPM 940/1
36
Jawab empat soalan sahaja. 1 Huraikan ciri-ciri feudalisme di Jepun dan England. [20] 2 Bincangkan peranan pembesar dalam pentadbiran imperial di China. [20] 3 Jelaskan sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan oleh England pada abad ke-18. [20] 4 Bincangkan faktor utama membawa kepada campur tangan kuasa barat di China. [20] 5 Nilaikan sumbangan Adam Smith kepada perkembangan pemikiran ekonomi di Eropah. [20] 6 Bincangkan penglibatan Perancis dalam pertubuhan North Atlantic Treaty Organisation (NATO). [20] 940/1
37
KERTAS SOALAN CONTOH 940/2 STPM SEJARAH SEJARAH DUNIA (500-1918) KERTAS 2 (Satu jam setengah) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab tiga soalan sahaja. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]. Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak. Majlis Peperiksaan Malaysia STPM 940/2
38
Jawab tiga soalan sahaja. 1 Huraikan konsep ummah dan usaha yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW untuk melaksanakan konsep ummah di Madinah. [20] 2 Bincangkan kaedah pemilihan khalifah pada zaman pemerintahan Khalifah al-Rasyidin . [20] 3 Terangkan perkembangan ilmu naqli pada zaman pemerintahan kerajaan Khalifah Umayyah di Andalusia. [20] 4 Nilaikan sumbangan al-Mas.udi dalam bidang pelayaran dan geografi. [20] 5 Huraikan faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir. [20] 6 Bincangkan kesan Perang Dunia Pertama terhadap pemerintahan Khalifah Uthmaniyah. [20] 940/2
39
KERTAS SOALAN CONTOH 940/3 STPM SEJARAH SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA (1800-2000) KERTAS 3 (Dua jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab empat soalan sahaja: dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B. Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan dan soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]. Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak. Majlis Peperiksaan Malaysia STPM 940/3
40
Jawab empat soalan sahaja. Dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B. Bahagian A (Sejarah Malaysia) [40 markah] 1 Huraikan sistem ekonomi tradisional masyarakat Malaysia pada abad ke-19. [20] 2 Bincangkan peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu dari 1906 hingga 1940. [20] 3 Nilaikan sumbangan Tun Abdul Razak bin Dato. Hussein dalam pembangunan luar bandar. [20] Bahagian B (Sejarah Asia Tenggara) [40 markah] 1 Huraikan peranan Raja dalam institusi pemerintahan masyarakat tempatan di Thailand. [20] 2 Sejauh manakah pendudukan Jepun menyemarakkan gerakan tuntutan kemerdekaan di Myanmar? [20] 3 Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan Filipina dan Thailand menyertai South East Asia Treaty Organisation (SEATO). [20] 940/3
41
KERTAS SOALAN CONTOH 940/4 STPM SEJARAH KERTAS 4 KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. 1. Kerja kursus WAJIB dilaksanakan oleh calon STPM sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu sebagai sebahagian komponen pentaksiran penggal kedua. 2. Calon juga mesti melaksanakan semua aspek berkaitan kerja kursus seperti yang ditetapkan. 3. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]. Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak. Majlis Peperiksaan Malaysia STPM 940/4
42
Pilih satu daripada tema di bawah ini, dan bina satu tajuk kajian dengan menyediakan esei yang panjangnya tidak melebihi 3000 patah perkataan. Tema 1 Sejarah Ekonomi Tema 2 Sejarah Pendidikan 940/4